in

Senarai Calon Akhir Festival Filem Malaysia Ke-28 Mengikut Kategori

Pada 3 Ogos lalu telah berlangsung sidang media FFM 28 yang diadakan di Platinum Sentral yang telah mengumumkan senarai calon akhir yang akan bertanding dalam Festival Filem Malaysia Ke-28.

Malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.

Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Penyertaan syarikat-syarikat produksi yang layak menghantar pencalonan adalah dari 1 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2016.

Dalam perkembangan sama, antara filem lain yang turut mendapat sembilan pencalonan adalah Jagat dan The Kid From The Big Apple.

Filem arahan iaitu arahan Chiu Keng Guan iaitu Ola Bola mendahului senarai Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM 28) apabila menerima 14 pencalonan.

Filem yang berjaya mengutip RM15.85 juta sepanjang ditayangkan di pawagam itu dicalonkan menerusi kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia termasuk Pengarah Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan Lakon Layar Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia.

Ola Bola
 juga menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Shivatharan Nambiar), Pelakon Baharu Wanita Terbaik (Marianne Tan), Pelakon Baharu Lelaki Terbaik (Saran Kumar) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Sri Balasubramaniam).

Antara kategori lain yang turut dicalonkan adalah Kesan Visual Khas Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik (Arena Cahaya), Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Dalam pada itu, filem Polis Evo yang mencatatkan kutipan cemerlang dipawagam iaitu sebanyak RM 17.47 juta mengekor rapat dengan 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik FFM 28Pengarah Terbaik FFM 28 (Ghaz Abu Bakar), Pelakon Lelaki Terbaik (Shaheizy Sam dan Zizan Razak), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hushairi Husain) dan Lakon Layar Terbaik FFM 28.

Kategori lain yang turut dicalonkan adalah Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Sementara itu, Munafik arahan Syamsul Yusof pula mendapat sembilan pencalonan menerusi kategori Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28, Pelakon Wanita Terbaik (Nabila Huda), Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Kesan Visual Khas Terbaik.

Filem Terbaik FFM28
Nota
Polis Evo
Munafik
Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Jejak Warriors

Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia
Ola Bola
Maravan
Jagat
Huat The Fish
The Kid From The Big Apple

Pengarah Terbaik 
Ghaz Abu Bakar / Polis Evo
Saw Teong Hin / Jejak Warriors
Shamyl Othman / Rembat
Syamsul Yusof / Munafik
Wan Hasliza Wan Zainuddin / Love Supermoon

Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia)
Chiu Keng Guan / Ola Bola
Jess Teong / The Kid From The Big Apple
Puvanendran Selvaraja / Maravan
Shanjhey Kumar Perumal / Jagat
Yee Kwan Huah & Silver / Huat The Fish

Pengarah Baharu Terbaik
Feroz Kader / Suamiku Encik Perfect 10
Pekin Ibrahim / Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Shanjhey Kumar Perumal / Jagat
Jess Teong / The Kid From The Big Apple
Daven Raghavan / Cctv

Pelakon Wanita Terbaik
Lisa Surihani / Suamiku Encik Perfect
Maya Karin / Nota
Maya Karin / Jwanita
Nabila Huda / Munafik
Nadiya Nisaa / Love Supermoon

Pelakon Baharu Wanita Terbaik
Falisha Crosley / Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Marianne Tan / Ola Bola
Nur Risteena / Girlfriend Kontrak
Raja Ilya / Suamiku Encik Perfect
Zara Zya / Rembat

Pelakon Lelaki Terbaik
Aaron Aziz / Suamiku Encik Perfect
Aniu / Rembat
Pekin Ibrahim / Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Shaheizy Sam / Polis Evo
Zizan Razak / Polis Evo

Pelakon Baharu Lelaki Terbaik
Adam Shahz / Juvana 2 – Terperangkap Dalam Kebebasan
Che Amar / Chowrasta
Keith Foo / Girlfriend Kontrak
Mas Khan / Biasan
Saran Kumar / Ola Bola

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Adeline Tsen / Gamatisme
Aminah Rhapor / Chowrasta
Anne Ngasri / Love Supermoon
Christina Suzanne / Jwanita
Fauziah Dato’ Ahmad Daud / Langit Cinta

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Ramli Hassan / Nota
Azad Jazmin / Girlfriend Kontrak
Hasnul Rahmat / Juvana 2 – Terperangkap Dalam Kebebasan
Hushairi Husain / Polis Evo
Sri Balasubramaniam / Ola Bola

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Aliff Firdaus / Jejak Warriors
Harvind Raj / Jagat
Ryqal Iskandar / Cicakman 3
Shivatharan Nambiar / Ola Bola
Tan Qin Lin / The Kid From The Big Apple

Cerita Asal Terbaik
Ola Bola
Rembat
Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Jagat
The Kid From The Big Apple

Lakon Layar Terbaik Ffm28
Nota
Suamiku Encik Perfect
Polis Evo
Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Love Supermoon

Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia)
Ola Bola
The Kid From The Big Apple
Huat The Fish
Maravan
Jagat

Sinematografi Terbaik
Polis Evo
Bravo 5
Munafik
Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Jagat

Penyunting Terbaik
Ola Bola
Jagat
The Kid From The Big Apple
Polis Evo
Munafik

Penataan Seni Terbaik
Jagat
Bravo 5
Ola Bola
Huat The Fish
The Kid From The Big Apple

Penataan Bunyi Terbaik
Rembat
Polis Evo
Munafik
Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Villa Nabila

Kesan Visual Khas Terbaik
Kapsul
Ola Bola
Munafik
Cicakman 3
The Noise

Pereka Kostum/Busana Terbaik
Ola Bola
Cicakman 3
Bravo 5
The Kid From The Big Apple
Polis Evo

Skor Muzik Asal Terbaik
Chowrasta
Jwanita
Pilot Café
Ola Bola
Munafik

Lagu Tema Asal Terbaik
Nur Zaidi Abd Rahman – Langit Cinta (Dayang Nurfaizah)
Syamsul Yusof – Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof & Mawi)
Edry Abdul Halim – Adiwira (Zizan Razak & Kru)
Nur Zaidi Abd Rahman – Untuk Cinta (Dayang Nurfaizah)
Zee Avi & Rendra Zawawi – Arena Cahaya (Zee Avi)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Smashing Great Deals Semarakkan Dato’ Lee Chong Wei

Keena Mentor & Izzue Islam Jadi Hos Program Khas Merdeka