in , ,

Lagu KAMAR SEPI dari Affizy Khairy Ditujukan Kepada Siapa?

Selepas melancarkan single TIADA APA, Affizy Khairy kembali dengan karya terbaru berjudul KAMAR SEPI. Kali ini tampil dengan kelainan dan membawa hasrat yang lebih besar untuk diterima ke dalam bidang nyanyian. 

Lagu KALI INI sekali lagi mendapat sentuhan rakan-rakan seperjuangan beliau, DeMako, Pujangga Malam dan Acap Jalil. Tampil dengan genre balada sepenuhnya, Affizy membawa mesej besar yang ingin disampaikan kepada pendengar.

“Kali Ini, saya tampil dengan lagu yang berat dari aspek penghayatan. KAMAR SEPI yang dimaksudkan dalam lagu ini, adalah ‘hati’ yang sepi, kasih sayang dan pengorbanan orang yang tersayang, saya letakkan “ibu dan ayah” sebagai subjek utama dalam lagu ini,” 

– Affizy Khairy
Affizy Khairy

Kata Affizy, keadaan sekarang yang memaksa kita untuk berjauhan dengan insan yang disayangi, lebih-lebih lagi dengan ibu ayah dan pasangan suami isteri yang berpisah atas urusan bekerja (PJJ).

“Melihat banyak video-video tangisan ibu bapa dan pasangan yang terpaksa berjauhan membuatkan saya rasa lagu ini mampu menyampaikan isi hati mereka,”

– Affizy Khairy
Affizy Khairy

Dalam pada itu, Affizy berkata, untuk lagu kali ini dia telah membuat persiapan yang lebih rapi dengan mendapatkan khidmat Cikgu Shafi untuk menyampaikan mesej ‘Kamar Sepi” kepada pendengar. 

“Ramai yang kehilangan insan yang disayangi akibat wabak penyakit Covid-19, lagu ini juga sedikit sebanyak terkait dengan perasaan mereka. Saya berharap dan berdoa agar wabak ini segera berakhir dan kembali seperti sedia kala,” 

– Affizy Khairy
Affizy Khairy

Dengan kerjasama daripada Universal Music Malaysia, Affizy berharap lagu kali ini diterima baik dan lirik video Kamar sepi boleh ditonton di saluran youtube Universal Music Malaysia. Dengarkan juga disetiap platform digital seperti Apple Music, Joox, Spotify dan sebagainya.

Affizy Khairy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Umar Uzair Rancakkan Bulan Merdeka Tahun 2021

“Aku Akan Sound Munkar Nankir..” Azwan Ali Dikecam Biadab & Mempermainkan Agama