in , ,

Single Terbaru Affizy Khairi, KU BERTAHAN Ciplak Lagu SHE’S GONE?

Selepas lagu Cinta Sejati yang trending di Youtube dan media sosial dengan tontonan lebih 5 juta dilancarkan, kali ini 4U Entertainment mempertaruhkan karya terbaru Aiman Sidek yang dibawakan oleh influencer Tiktok dan Instagram, Affizy Khairy.

Selepas lagu Cinta Sejati yang trending di Youtube dan media sosial dengan tontonan lebih 5 juta dilancarkan, kali ini 4U Entertainment mempertaruhkan karya terbaru Aiman Sidek yang dibawakan oleh influencer Tiktok dan Instagram, Affizy Khairy. 

Single Terbaru Affizy Khairi, Ku Bertahan Ciplak Lagu She’s Gone?

Affizy Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai Agy, tampil dengan single terbaru yang berjudul “Ku Bertahan” yang mengisahkan tentang sebuah perjuangan seseorang dalam kehidupan yang perlu melalui ranjau perjalanan yang penuh dugaan dan cabaran. Ini merupakan single ketiga bagi usahawan, penyanyi & penulis lagu yang berasal dari Banting Selangor selepas single pertamanya bertajuk “Tiada Apa” dan “Kamar Sepi” hasil gubahannya sendiri. 

Lagu “Ku Bertahan” merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek khas buat Affizy yang mempunyai gaya nyanyian serta tone suaranya yang unik dan tersendiri. Affizy yang banyak menghasilkan lagu-lagu cover yang mendapat sambutan di saluran Youtube “affizy khairy channel” juga sering viral dengan perkongsian membuat kek di Tiktok dan Instagram yang mempunyai lebih 100,000 pengikut dan 2.2 juta sukaan (likes). 

Menurut Aiman Sidek, “Agy mempunyai keunikan dan kekuatan vokal yang baik dalam menyampaikan lagu Ku Bertahan, ditambah lagi dengan penjiwaannya yang mendalam bagi lagu tersebut. Saya telah mendapat bayangan Agy untuk menyanyikan lagu ini semasa saya menulis dan menciptakan lagu ini.” 

Lagu berdurasi hampir 5 minit tersebut dikatakan mempunyai bahagian bernada tinggi seperti lagu popular dari kumpulan glam metal dari Amerika, Steelheart, yang berjudul “She’s Gone” di minit ke 2:20 – 2:30 lirik video lagu tersebut . Affizy juga telah mendendangkan mash-up kedua lagu tersebut yang dimuatnaik di tiktok dan instagram Affizy Khairy

Menurut Affizy, “Saya amat berbesar hati dapat menyanyikan lagu Ku Bertahan yang sangat kena dengan situasi kehidupan saya sekarang. Saya berharap agar lagu ini dapat meresap ke jiwa pendengar yang sedang melalui setiap getir dan kepayahan dalam kehidupan. Lagu ini saya tujukan buat semua.” 

Sejak dilancarkan, jumlah tontonan lagu “Ku Bertahan” di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 15,000 tontonan serta telah mendapat perhatian beberapa drama dan telefilem yang lain, dan dalam perbincangan untuk bekerjasama. 

Untuk mendengar dan menonton lirik video Ku Bertahan:

Ku Bertahan di Platform Digital – https://bfan.link/ku-bertahan 

Single Terbaru Affizy Khairi, Ku Bertahan Ciplak Lagu She’s Gone?

LIRIK KU BERTAHAN 

Dengan setiap kata kata cemuhan Ku berdiri meniti tiap cabaran Yang datang melanda
Yang tidak ku duga 

Ku bertahan Ku Bertahan 

Sakit
Memang sakit
Luka
Yang terdalam
Jiwa yang cedera Tersalut noda disakiti Ku bertahan 

Jauh ku buang segala prasangka Yang hanyut bergulir bermain di minda Yang datang melanda
Yang tidak ku duga
Ku bertahan
Ku Bertahan 

Namun hati ku tetap teguh Jiwa rapuh ku ubati
Andai ada sinar takdir
Ku bertahan 

Affizy Khairi 

Affizy Khairy merupakan seorang usahawan, penyanyi & penulis lagu yang berasal dari Banting Selangor dan menetap di Kuala Lumpur. Setelah berjaya menjadi peserta suku akhir “The Audition” anjuran Armani Entertainment , menjadi peserta “The Most Favourite” minggu 4 rancangan realiti BBC TV United Kingdom francais pertama di Asia, All Together Now Malaysia (ATNM) di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Kini Affizy terlibat secara aktif sebagai seorang penyanyi dan penghibur serta berjaya menjuarai “Betty Sing Sang Song” secara atas talian ketika itu. Affizy telah melancarkan single pertamanya bertajuk “Tiada Apa” yang telah menarik pendengar dan membuka ruang untuk terlibat dalam industri muzik tanah air serta membuat kemunculan dengan single kedua bertajuk “Kamar Sepi” hasil gubahan sendiri bersama rakan-rakan.

Aiman Sidek 

Aiman Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008. Aiman pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu, dengan lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3. Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008 membawakan lagu “Dusta Berkalang” sepentas bersama Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Ziana Zain, Spider, Estranged, Stacy dan Mawi. 

4U Entertainment 

4U Entertainment atau Foryou Entertainment adalah syarikat label muzik yang ditubuhkan pada tahun 2020 bertujuan menghasilkan karya-karya segar dengan meyediakan platform untuk penyanyi serta pemuzik baru dan lama tanah air. Antara karya di bawah syarikat adalah 2 album bertajuk “Aiman Sidek” pada tahun 2009 dan “Gelora Cinta” (2018). Lagu-lagu lain yang pernah dihasil atau dinyanyikan oleh Aiman Sidek ialah Tak Bisa (Andrea), Cinta Awangan (Aiman & Friends), Apa Benar (Misha Shahirah), Kamulah Wanita , Wanitaku , Aryana (Nadzmi Adhwa) ,Manisnya Hari Raya (Manis FM) , Warna (Namias), Penjaja Jalanan (Anas Tahir), Tetap Bertahan (Alif Azhari) , Bunga Dhia , Larut , Pria Arjuna, Dusta Berkalang ,Cinta Terakhir (Aiman Sidek), Bangkit Malaysia (Aiman Sidek ft. Namias), Manis di Mulut (Aiman Sidek ft Skyrulez), Kekasih (Aiman Sidek, Aniq Muhai dan Alif Azhari), Cinta Hati (Araf Aziz) serta Haruskah (Yuji). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pekin Ibrahim

Pekin Bersyukur Mona Allen Selamat Melahirkan Bayi Merdeka

Ayda Jebat Nikah | 15

Ayda Jebat Dedah Ibu Mentua Tak Bagi Masak & Buat Kerja Rumah