in ,

Umar Uzair Rancakkan Bulan Merdeka Tahun 2021

Perintah kawalan pergerakan yang dilonggarkan seketika pada awal 2021 diambil manfaatnya untuk merancakkan perjalanan aktiviti seni dan sastera.

Sempatlah penyanyi, penulis yang juga penerima watikah Penyair Muda ASEAN 2015, Umar Uzair mengusahakan beberapa persembahan sempena Hari Puisi Sedunia 2021 pada Mac lalu di Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur serta siri Kembara Ramadan 2021 di Impiana Hotel Ipoh dan Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, Melaka selain tampil dalam sebuah konsert Kata Kota Cinta di Istana Budaya bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Juhara Ayob dan beberapa seniman terkenal. 

Uzair yang masih terus memberi tumpuan mempromosikan album kedua berjudul Hasrat Sang Enggang yang memmuatkan empat buah lagu, sebuah syair dan sebuah deklamasi sajak sebelum ini telah mempertaruhkan Hasrat Sang Enggang sebagai single pertama, disusuli dengan Rindu Membius Separuh Logikaku dan Demi Kesilapan Tenunganku, Maafkanlah pada 2020. Terkini untuk tahun 2021, Uzair membawakan single baharu berjudul Cenderawasih yang turut dimuatkan dari album yang sama. 

Umar Uzair Rancakkan Bulan Merdeka Tahun 2021

Cenderawasih yang sudah boleh didengari di semua laman digital muzik merupakan karya penulisan tokoh terkenal Singapura, almarhum Zaidy Nandir yang juga merupakan penerima Anugerah Persuratan Anumerta Tun Seri Lanang 2020/2021 oleh Majlis Bahasa Singapura. 

“Merakamkan lagu ini adalah sebuah penghargaan yang luar biasa dan salah satu usaha saya menyebarluaskan karya unggul yang ada di Nusantara agar dapat terus disampaikan kepada masyarakat kerana saya sedar kita semakin kekurangan lagu-lagu kepusian yang boleh dinikmati sebagai wadah menghargai bahasa dan sastera Melayu”. 

MERANCAKKAN BULAN KEMERDEKAAN 

Sempena Hari Merdeka ke 63, Uzair rancak diundang dalam pelbagai program sastera kebangsaan. Selain dilantik oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Jabatan Penerangan Malaysia sebagai juri utama bersama beberapa tokoh penulisan dan pendidikan untuk Sayembara Sajak Merdeka 2021, Uzair turut akan tampil sebagai artis undangan dengan mempersembahkan puisi dalam Sayembara Sajak Merdeka kelolaan MelakaFM yang akan disiarkan secara dalam talian pada 30 Ogos 2021. 

Melalui syarikatnya Meja Poedjangga, Uzair turut menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (Melaka) bersama Ikatan Persuratan Melayu dalam mengusahakan Dondang Puitika Melaka yang berupa sebuah konsert muzikalisasi puisi yang turut diadakan secara dalam talian.

Disiarkan pada 31 Ogos 2021, selain Uzair yang akan mempersembahkan empat buah lagu puisinya, persembahan ini menghimpunkan sebaris seniman dan tokoh terkenal yang termasuk Penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara iaitu Prof. Dr. Lim Swee Tin dan Zaen Kasturi, Lin Haslinaz (Deklamator Kebangsaan), Liza Yamis, Tuan Haji Rani Embi (Tokoh Seni dan Budaya Negeri Melaka) dan persembahan dondang sayang dari JKKN Melaka. 

Umar Uzair Rancakkan Bulan Merdeka Tahun 2021

“Saya menyambut baik beberapa perhatian daripada pihak kerajaan berkenaan sedikit kelonggaran untuk pekerja seni berkarya dan berharap pada tahun ini dan seterusnya pandemik tidak menghalang kita untuk mengadakan program samada secara langsung ataupun dalam talian. Sasterawan dan seniman juga seharusnya terus maju ke hadapan bersama manfaat teknologi. Persembahan secara norma baharu ini kita usahakan sebagai satu cara masyarakat tidak melihat sastera terkebelakang” 

Dondang Puitika Melaka merupakan cetusan Uzair yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Meja Poedjangga Malaysia yang telah lama aktif membawa sastera dan kesenian di dalam dan luar negara. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Bagi Tahu Benda Yang Dia Paling Takut Sekiranya Tidak Panjang Umur

Lagu KAMAR SEPI dari Affizy Khairy Ditujukan Kepada Siapa?