in , ,

“Aku Akan Sound Munkar Nankir..” Azwan Ali Dikecam Biadab & Mempermainkan Agama

Baru-baru ini sebuah video podcast mendapat perhatian di media sosial gara-gara isu yang disentuh tidak menjaga sensitiviti agama Islam. Jawapan yang diberikan oleh Azwan semasa menjawab satu soalan kontroversi telah mengundang kemarahan netizen kerana keterlaluan dan seolah-olah mempermainkan agama sendiri.

Tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi, pengacara terkenal Azwan Ali sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila dia didakwa biadab ketika menjawab soalan berkaitan agama yang ditujukan kepada dirinya.

Video temubual tersebut difahamkan adalah sebuah video ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.

“Aku Akan Sound Munkar Nankir..” Azwan Ali Dikecam Biadab & Mempermainkan Agama

Dalam video berkenaan, salah seorang penyampai membacakan soalan yang dihantar pendengar kepada Azwan Ali berbunyi:

“Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”

Dia kemudian menjawab soalan tersebut dengan bersahaja namun dianggap keterlaluan oleh netizen kerana seperti sedang mempermainkan agama.

“Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu,”

Ia kemudian disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan siaran temu bual secara dalam talian itu.

Jawapan yang diberikan oleh Azwan itu dilihat bersahaja namun cukup mengundang kemarahan netizen kerana keterlaluan dan seolah-olah mempermainkan agama sendiri. Namun, jawapannya itu disambut dengan gelak tawa dua penyampai podcast berkenaan.

“Aku Akan Sound Munkar Nankir..” Azwan Ali Dikecam Biadab & Mempermainkan Agama

Bukan sahaja netizen, malah ia turut menarik perhatian personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya yang memuat naik kembali video berkenaan dengan kapsyen berbaur kecewa dan sedih dengan perlakuan tersebut.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kecewa dan marah dengan kata-kata Azwan Ali. Mereka berharap Azwan Ali sedar dan bertaubat kerana isu iman bukanlah perkara yang boleh dibuat gurauan.

Malah, video tersebut turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi.

“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaib. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astagfirullah! Gerun mendengarnya.” tulis pendakwah berkenaan.

– Ustaz Abdullah Khairi.

Selain itu, pelakon Diana Amir juga turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan dengan menyifatkan individu-individu dalam video tersebut tidak mempunyai rasa takut kerana tidak mengenali malaikat Munkar dan Nakir.

Rata-rata pengguna media sosial turut merasakan bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana dapat dapat memesongkan akidah.

“Aku Akan Sound Munkar Nankir..” Azwan Ali Dikecam Biadab & Mempermainkan Agama

PU Syed Tegur Azwan Ali

Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed, menegur pengacara kontroversi, Azwan Ali ekoran kenyataannya yang dikatakan mempersenda tugas malaikat Munkar dan Nakir.

Menerusi entri Instagram, PU Syed memuat naik satu hantaran video yang menyifatkan tindakan pengacara berkenaan keterlaluan kerana mempersenda tugas malaikat tersebut.

“Buat Azwan Ali, saudara sudah melampau dan terlalu melampau. Tidak kira itu adalah jawapan dalam bentuk gurauan ataupun tidak, yang pasti itu benar-benar sesat serta memalukan agama.

“Soal Munkar dan Nakir pun saudara boleh buat main, cukuplah warganet hadap caci maki saudara setiap kali berdepan dengan kamera.

“Mestikah dikaitkan dengan ibu bapa orang? Salahkah soalan itu bila diajukan kepada saudara?” ujarnya.

“Terlalu melampau, soal munkar nakir pun saudara boleh buat main”

– PU Syed

Mengulas lanjut, PU syed juga menyatakan tindakan semua pihak yang terlibat dalam video berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan dan jenaka.

“Persoalan malaikat ini bukan persoalan yang kecil, bahkan malaikat juga bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.

“Buat DJ yang sakan gelak itu, sedarlah perkara sebegini bukan boleh dibuat bahan untuk melawak!

“Mu boleh buat gurau deh… hebat mu! Bertaubatlah segera saudara,” tegasnya di Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu KAMAR SEPI dari Affizy Khairy Ditujukan Kepada Siapa?

Cik B Kini Mahu Kurus, Hanya Makan Ayam Panggang & Timun, Netizen Beri Sokongan