in , ,

Ini Kad Jemputan Majlis Resepsi Ning Baizura Untuk Blog Sensasi Selebriti

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah pun menerima kad jemputan bagi menghadiri majlis perkahwinan Ning Baizura dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang bakal diraikan pada tanggal 2 Februari 2008 (Sabtu) ni.

Majlis yang berkonsepkan ala Kampong itu akan diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre bermula jam 8 malam katanya. Budiey mungkin ke sana dengan Bro. Ajami kot sebab Azwan tak dapat kad jemputan. Kesian kat Azwan… Tak pernah lagi sampai kat Matrade tu. Tapi di kad jemputan tu dah ada peta. Takkan la Ajami sesat kot… huhu. Tapi nak pakai baju apa la nanti ni… sebab konsep dia kampung. Mmm… pakai je la baju Melayu ek.

2229467811 7C86Bee556 | 4

Apa-apa pun, terima kasih kepada Vernon Aka Mr. Manager kerana sudi menjemput blogger picisan seperti Budiey ni dan semua ni untuk blog Sensasi Selebriti sebenarnya. Nanti adalah juga cerita untuk dititipkan buat pembaca semua. Tapi sayangnya, Azwan tak dapat join sebab hanya satu kad dilayangkan untuk kami. Satu kad jemputan hanya boleh dihadiri oleh seorang sahaja.

Uniknya kad jemputan majlis kahwin Ning Baizura in, kan? Kreatif sangat idea macam ini. Korang boleh buat sendiri di rumah tetapi kalau banyak sangat memang kena pakai orang yang ramai jugak Biasanya kad jemputan dihantar dengan menggunakan sampul surat.

Tetapi yang kreatifnya, kad jemputan ke wedding Ning digulung dan dibalut dengan tikar buluh jarang, diikat dengan tali guni dan diselitkan dengan 3 kuntum bunga. Siap ada tag nama penerima.

Khabarnya, untuk jemputan di sekitar Kuala Lumpur, kad jemputan dihantar dari tangan ke tangan. Sementara jemputan di luar Kuala Lumpur dihantar melalui pos laju. Semua kad jemputan dibuat sendiri oleh rakan-rakan dan geng terdekat Ning Baizura.

2229468651 25B863C409 | 5

Kalau dilihat dengan kad jemputan yang sebegini grand dan istimewa, Budiey dapat bayangkan bagaimana majlis wedding Ning Baizura nanti. Mesti lebih grand dan meriah. Katanya para tetamu nanti duduk dan makan bersila. Mmm… dan tema pakaian pula ala-ala kampung. Kalau macam tu, Budiey pergi pakai kain pelekat… boleh ke?

Upacara akad nikah pada hari Khamis 31 Januari akan disiarkan secara live di NTV7 dalam slot Breakfast Show dari jam 9.30 pagi hingga jam 10.00 pagi dan di TV3 dalam slot Wanita Hari Ini dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang.

Perkahwinan Ning boleh kita katakan wedding of the year sebab keunikan dan kelainannya. Tengoklah macamana nanti.

2230262200 92276F7Ae1 | 6
Siap dengan dialog antara Pak Sheikh dan Mak Tilah lagi tu.

Pada majlis pernikahannya nanti, Ning bakal menerima wang hantaran RM66,666.66 dan Omar akan menyerahkan wang hantaran itu bersama mas kahwin RM80 simbolik kepada jumlah ayat yang ada di dalam al-Quran. Ning akan menghadiahkan Omar dengan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh. Dan antara hadiah istimewa Omar buat Ning adalah sebuah beg tangan mewah berjenama Judith Leiber yang bernilai lima angka.

Astro akan diberikan hak eksklusif siaran untuk majlis perkahwinan penyanyi itu nanti dan yang berkonsepkan suasana kampung. Majlis pernikahan Ning akan diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur pada 31 Januari (Khamis) ini disusuli majlis persandingan di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade pada 2 Februari menjadi milik Astro sepenuhnya.

Majlis perkahwinan Ning akan diserikan dengan persembahan ghazal, marhaban, pelita, reban untuk kambing, ayam dan itik, pokok pisang, joget lambak dan paling unik, ada segmen orang melatah.

Semoga segala perancangan untuk wedding Ning ini akan berjalan dengan lancar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Konsert Revolution Quicksilver 2.0 Sunway Lagoon

Ning Baizura 2020 | 26

Gambar Ning Baizura Nikah dengan Omar Shariff di Bangsar