Sekitar Konsert Revolution Quicksilver 2.0 Sunway Lagoon

Pada 26 Januari lalu, hari Sabtu yang panas terik, Budiey pergi melencong ke Sunway Lagoon untuk tengok remaja-remaji mandi manda sambil berkubang di Konsert Revolution Quicksilver 2.0 2008. Tahun ini katanya lebih gempak dan besar dari tahun lepas.

Sebenarnya tak suka pergi tempat macam tu, tapi sebab ada member ajak. Jadi, nak rasa jugak tengok orang berkubang dengan seluar pendek dan tak berbaju. Yang lelaki, masa tu la diorang ni nak tunjukkan perut yang berpetak-petak ketat tu dan yang perempuan pulak, memang gian nak tunjuk kemontokan badan diorang ni dengan pakai bikini je. Fuh! Tak bernafas den kat sana. Jamu mata… bebs!

Ke sana, bukan nak tengok konsert pun. Tapi kami nak tengok manusia dan tengok kerenah remaja-remaja zaman sekarang. Huhu… rosak-rosak. Konsert dan acara lain katanya bermula dari jam 12 tengahari lagi. Makanan kat situ mahal sangat sih. Memang dua kali ganda dengan makanan kat luar.

Petang tu ada water surfers oleh surfers terkenal seperti Josh Kerr, Dylan Graves, Ry Craike and skaters Jocke Olsem, Sascha Mueller, Renton Millar, Trevor Ward and Jurgen Howarth. Semua nama ni Budiey tak kenal. Huhu…  Budiey sampai sana dalam jam 5 petang. Ada orang buat stunt main skate board pun ada. Masa lewat petang tu, orang dah ramai duk kerumun pentas. Ada banyak band yang perform. Antaranya, Pop Shuvit, Futon, Stylustiks dan Joe Flizzow pun ada. Tapi tak boleh gi dekat sangat dengan pentas sebab diorang ni mabuk giler ke hapa duk bertolak-tolak sama sendiri. Tak cukup lagi, diorang ni gi simbah air kat member-member lain. Setakat melompat-lompat tak pe lagi… ni kalau dah bertolak, terus je Budiey surrender dan larik jauh.

Kemudian, tak lama lepas tu, datang hujan.. huhu… kesian diorang ni sebab konsert terpaksa dihentikan buat seketika. Sebab takut kilat sabung menyabung tu gi dan manusia leka ni kena sambar petir.

Tak lama lepas tu, jam 9 malam, Budiey pulang. Huhu… adui, letih tengok diorang ni berparti. QuickSilver ni kira kaya la juga buat konsert besar dan gempak cam ni kat Sunway Lagoon.

[tags]konsert, outlets, concert Revolution Quicksilver 2.0 2008, Pop Shuvit, Futon, Stylustiks, Joe Flizzow, Josh Kerr, Dylan Graves[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nasha Aziz Bercerai Lalu Bercinta Dengan Ahli Perniagaan?

Ini Kad Jemputan Majlis Resepsi Ning Baizura Untuk Blog Sensasi Selebriti