in

Juara Cheer 2010 Sorak Pasukan Kegemaran

SORAK PASUKAN KEGEMARAN ANDA DI 8TV!

Petaling Jaya, 26 Julai 2010 – Perhatian kepada semua peminat pasukan sorak, bersedialah anda untuk bersorak untuk pasukan sorak kegemaran anda! Bermula 8 Ogos 2010 jam 10.00malam, 8TV membawakan kepada anda program CHEER 2010. Saksikan pelbagai pergerakan menarik seperti cartwheels, tumbles, dan tarian dari setiap ahli pasukan sorak yang bersungguh-sungguh dan berkerja keras bagi memiliki gelaran JUARA CHEER 2010!

CHEER 2010 dianjurkan oleh The STARs’ RAGE dan dibawakan oleh Silkygirl, bersama penaja utama Marigold HL Milk, rakan penaja Sugus dan 8TV sebagai media rasmi. CHEER 2010 membawakan kepada anda perjalanan pasukan sorak yang terdiri daripada lebih 35 kumpulan dari pelbagai sekolah yang bersaing untuk memenangi gelaran Juara CHEER 2010!

Selain daripada gelaran juara Cheer 2010, pemenang juga akan membawa pulang hamper SIlkygirl, Hamper Marigold HL Milk, baucer barangan, pakej percutian, sijil penyertaan, dan pelbagai produk lain serta trofi Juara Cheer 2010 dan wang tunai bernilai RM5,000!

Dalam episod pertama, penonton dapat menyaksikan sesi temubual dengan pasukan sorak serta mengetahui tentang sejarah, persahabatan, tarian dan juga berpeluang mengenali dengan guru-guru, jurulatih, rakan-rakan, dan keluarga setiap pasukan sorak. Selain itu, anda juga dapat menyaksikan persiapan-persiapan mental dan fizikal yang mereka buat untuk menghadapi perlawanan yang mencabar ini.

“Cheer 2010 kini sekali lagi menampilkan pasukan sorak yang lebih bertenaga! Pasukan sorak memberi pendedahan kepada aktiviti fizikal dan sekarang ia merupakan sukan untuk lelaki dan perempuan”, ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. “Pertandingan ini sangat sengit. Melalui kesungguhan dan semangat berkumpulan yang ditunjukkan oleh mereka – hanya satu kumpulan akan bergelar juara!” tambah Kim.

Siapakah yang akan bergelar juara CHEER 2010? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan semangat dan kesungguhan pasukan-pasukan sorak secara eksklusif di 8TV, setiap Ahad bermula 8 Ogos 2010.

8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my. Anda pasti tidak mahu terlepas untuk menonton rancangan ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Samarinda Syurgamu Ramadhan

Finalis Akademi Quran Season 4