in ,

Siapakah Pemenang Juara Akademi Fantasia 2016?

Debaran kian terasa. Setelah bersiaran selama 7 minggu, kini AF2016 sudahpun hampir tiba ke penghujungnya. Pada hari Ahad ini, kita bakal mengetahui siapakah di antara lima finalis akhir iaitu ARA, AFI, AMIR, AMAL ataupun RESHMA yang bakal dinobatkan sebagai juara AF2016? Sama-sama kita ketahui nanti ya.

Siapakah Pemenang Juara Akademi Fantasia 2016?

Realitinya Di Sini, Inilah Akademi Fantasia!

Sewaktu pusingan separuh akhir di minggu yang lepas, seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan iaitu ZAROL dan RAHILA terpaksa akur dengan keputusan apabila diumumkan sebagai dua pelajar yang mendapat undian terendah di akhir konsert. Walaupun sudah memberikan persembahan yang baik dan turut mendapat pujian, namun ternyata nasib tidak menyebelahi mereka.

Untuk info pembaca, siaran Langsung Konsert Akhir AF2016 pada 9 Oktober 2016 (Ahad), jam 8.00 malam @ Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Korang rasa siapa yang akan jadi juara?





What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem AKU HAUS DARAH MU Lakonan Nad Zainal

awie

Awie & Sharifah Ladyana Selamat Bernikah Di Songkhla