in

Filem AKU HAUS DARAH MU Lakonan Nad Zainal

“Segenggam Darah Aku Rakuskan” – Sejauh mana anda sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dihajati? Filem seram arahan pengarah berkaliber, Aidilfitri Mohamed Yunos “Aku Haus Darah Mu” merungkai persoalan itu.

“Aku Haus Darah Mu” mengisahkan Lia lakonan Nad Zainal, seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus.

Dia dan rakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk melengkapkan hasil kajian mereka. Pelbagai peristiwa seram menyelubungi mereka sepanjang kajian mengenai tarian itu dilakukan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah tarian itu mempunyai kaitan dengan ilmu hitam?

Filem AKU HAUS DARAH MU Lakonan Nad Zainal

Filem AKU HAUS DARAH MU Lakonan Nad Zainal

[dropcap]P[/dropcap]enggambaran “Aku Haus Darah Mu” hasil tulisan Aidilfitri Mohamed Yunos dan Fairul Nizam Ablah ini dibuat di beberapa lokasi di Sabak Bernam dan Kuang, Selangor selama 15 hari pada April 2015.

Aidilfitri sebelum ini menghantui penonton dengan drama seram arahannya “Amukan Pocong” dan “Mantera Anjasmoro”. Kini, beliau membawa sentuhan seramnya ke layar perak dengan penataan yang lebih menarik.

Penerbit Eksekutif filem ini, Wan Sariah Wan Jaafar pula membariskan pelakon hebat dari pelbagai generasi termasuk Deanna Yusoff (filem terakhir dibintanginya “1965” dan kemunculan semula dalam filem seram selepas 8 tahun), Nad Zainal (“Juvana 2”), Farhanna Qismina (pelakon termuda berusia 17 tahun dan pernah membintangi “Juvana 2”, “Tanda Putera” dan “Damping Malam”), Zoey Rahman (“Dawai Asmara” dan “Aku Ada Wali”) serta pelakon baru, Amalia Syakirah.




[pullquote align=”right”]Wan Sariah turut menampilkan sentuhan komposer yang merangkul pelbagai anugerah, Onn San (Penerima Anugerah Skor Muzik Asal Festival Filem Malaysia ke-28 untuk filem “Ola Bola”, “Jarum Halus” dan pemenang Anugerah Lagu Terbaik dan Pengarah Muzik Terbaik Anugerah Seni BOH Cameron 2013) bagi memberi impak lebih mendalam untuk penceritaan filem “Aku Haus Darah Mu”.[/pullquote]

Dengan menjadikan tarian sebagai antara intipati penting dalam filem ini, barisan pelakon dilatih dengan sebaiknya untuk menguasai seni tarian daripada koreografi terbaik, Suhaili Micheline di Aurora Ballet School selama sebulan.

Tarian yang dihasilkan untuk filem ini direka khas dari gabungan pelbagai tarian tradisional di negara ini.

Latihan insentif selama sebulan yang dilakukan juga sebagai persediaan kepada pelakon untuk menghayati latar cerita dengan lebih berkesan.

Pasca produksi “Aku Haus Darah Mu” disiapkan oleh Imagica SEA, cawangan IMAGICA Corp di Malaysia. Penataan bunyi pula dilakukan oleh Maveriq Studios. Barisan pelakon filem ini akan sentiasa memberikan kerjasama untuk sebarang temubual, sesi penggambaran dan video.

Tsar Asia Sdn Bhd adalah syarikat produksi yang berpengkalan di Kuala Lumpur dan sebelum ini telah menerbitkan siri televisyen terkenal “Lost At SEA”, “Strange Encounters” dan “Aku Ada Wali”.

Pengalaman luas yang dimiliki Wan Sariah dalam penerbitan siri televisyen memberinya kelebihan untuk memeriahkan lagi dunia perfileman tanah air dengan hasil karya berkualiti. Filem “Aku Haus Darah Mu” menjadi taruhan pertama beliau. “Aku Haus Darah Mu” akan ditayangkan pada Disember 2016.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook fb.com/AkuHausDarahMu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Mini Konsert Adibah Noor INTO THE 3RD DECADE

Siapakah Pemenang Juara Akademi Fantasia 2016?