in , ,

Jom Kembali Ke Zaman Lalu Dengan BACK TO THE FUTURE!

Filem Back To The Future I, II dan III arahan Robert Zemeckis bakal ditayangkan diAwesome TV bermula 16 Januari 2021, setiap Sabtu jam 9.30 malam hingga 11.30 malam.

Back To The Future adalah filem sains fiksyen keluaran  tahun  1985 (Amerika Syarikat) dan dibintangi oleh Michael J. Fox, Christopher Lloyd dan Lea Thompson. Filem yang berdurasi 116 minit ini menceritakan berkenaan Marty (Michael J. Fox) berusia 17 tahun yang secara tidak sengaja dihantar tiga puluh tahun ke masa lalu menggunakan mesin masa yang dicipta oleh rakan karibnya, saintis eksentrik Doc Brown (Christopher Lloyd).

BACK TO THE FUTURE II pula adalah filem keluaran pada tahun 1989 dan masih mengekalkan pelakon yang sama. Marty Mcflykembali ke masa lalu dengan bantuan Dr Emmett Brown dan mempergunakan anaknya sendiri untuk mengelakkan daripada dipenjarakan. Namun, semua usahanya menjadi sia-sia kerana perubahan masa yang terjadi.

Jom Kembali Ke Zaman Lalu Dengan BACK TO THE FUTURE!

Pada tahun 1990, Robert  Zemeckis telah mengeluarkan BACK TO THE FUTURE III .Kali ini filem ini telah disuntik cerita cinta di antara Dr Emmet dengan seorang guru sekolah tempatan ketika Marty kembali ke tahun 1885 ke Barat Lama. Marty terpaksa menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa perubahan masa yang terlalu awal.

Bagi peminat Back To The Future I, II dan III, anda boleh menonton filem ini di Awesome TV, saluran 112 di MyTV bermula 16, 23 dan 30 Januari 2021. Penonton yang ingin mengikuti perkembangan terkini Awesome TV boleh mengikuti  di kesemua akaun media sosial Awesome TV.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hadir dengan Snapdragon 888, Vivo X60 Pro+ Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 Januari 2021 di China

Aishah Azman Atau Jasmine Suraya Pilihan Azhan Rani Dalam Telemovie DI PINGGIR ILUSI