in , ,

Hadir dengan Snapdragon 888, Vivo X60 Pro+ Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 Januari 2021 di China

Pada 29 Disember yang lalu, vivo telah melancarkan dua model dari siri telefon andalannya iaitu vivo X60 dan vivo X60 Pro. Kemudiannya, vivo umumkan sebuah model lagi dalam siri vivo X60, vivo X60 Pro+ akan dilancarkan pada bulan Januari.

Siri Vivo X60 sebelum ini telah diperkenalkan secara rasmi di China yang terdiri dengan dua model berbeza iaitu Vivo X60 dan X60 Pro. Kedua-duanya dikatakan hadir dengan penawaran yang sama. Bezanya cuma pada kapasiti bateri dan penggunaan kamera dengan bukaan f/1.48 yang mana lebih besar pada variasi pro.

vivo X60 Pro+ dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 888, berbeza dengan cipset Exynos 1080 yang digunakan pada model yang lain. Selain itu, ia juga dikatakan akan hadir dengan dua pilihan RAM (8GB/12GB) dengan storan 128GB atau 256GB. Untuk warna pula, ia akan ditawarkan dengan dua pilihan warna, Deep Ocean Blue dan Classic Orange.

Hadir dengan Snapdragon 888, Vivo X60 Pro+ Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 Januari 2021 di China

Enggan terus berteka-teki, Vivo menerusi satu entri di laman Weibo mengesahkan bahawa peranti ini bakal diperkenalkan secara rasmi di China pada minggu hadapan – iaitu 21 Januari 2021.

vivo X60 Pro+ dijangka akan kekalkan skrin AMOLED 6.56 inci yang digunakan pada peranti vivo X60 dan X60 Pro. Ia juga akan hadir dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz bersama sensor cap jari bawah skrin.

Tambahan lagi, ia dijangka akan hadir dengan pengecasan pantas 55W serta mempunyai kebolehan kamera yang lebih baik dari model siri X60 yang lain.

Sekadar selingan, kepada anda yang berminat untuk memiliki Vivo X50. Peranti ini kini dijual pada harga RM400 lebih murah berbanding asal. Ia kini ditawarkan pada RM1,999 dan anda boleh mendapatkannya menerusi Shopee atau Lazada. Harga untuk X50 Pro pula masih kekal sama iaitu RM3,199.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Dilaporkan Sedang Menguji Audio Spatial Untuk AirPods Pro & AirPods Max

Jom Kembali Ke Zaman Lalu Dengan BACK TO THE FUTURE!