in , ,

Jom Asah Bakat Sertai Mentor Milenia, Ujibakat Kini Dibuka

Pencarian Protege Kini Bermula!

Program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur berjaya dan berkemampuan di dunia senikini kembali untuk musim yang ketiga! Berbeza dari tahun-tahun yang lepas, Mentor Milenia edisi ketiga ini menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor.

Pelbagai kelainan yang diperkenalkan pada musim baharu ini, salah satunya adalah penambahan Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Selain itu, Mentor Milenia tahun ini turut menampilkan konsep dan format baharu.

Para mentor Mentor Milenia 8

Menurut Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia

Uji bakat kali ini bukan sahaja tertumpu hanya pada seorang mentor, tetapi para peserta akan dinilai oleh kelima-lima mentor sewaktu uji bakat.

Setelah uji bakat dijalankan, hanya 20 peserta yang terbaik sahaja akan di senarai pendek untuk mara ke peringkat seterusnya.

Kemudian, setiap mentor perlu memilih dua orang peserta untuk bertarung di pentas Mentor Milenia,”

Muhamad Sufian Isa

Juara Mentor Milenia tahun ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019. Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3.

Pemenang juga akan menerima waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan dokumentari pendek kisah mereka sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran Youtube TV3.

Para mentor Mentor Milenia 1

Uji Bakat Mentor Milenia

Uji bakat Mentor Milenia akan dijalankan bermula 3 dan 4 Ogos di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Uji bakat seterusnya pula akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September

Para peserta yang sertai uji bakat di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah akan dinilai oleh dua orang pakar muzik tempatan, Ajai dan Faizal Uzir atau lebih popular dikenali sebagai Lok U.

Kepada yang berminat untuk sertai sesi uji bakat Mentor Milenia, para peserta haruslah berusia antara 17 hingga 23 tahun dan berwarganegara Malaysia atau Singapura.

Para peserta juga boleh muat turun borang pendaftaran di http://www.xtra.com.my/mentormileniadan bawa ke sesi uji bakat selepas diisi. Selain itu, bawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian. 

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malamselama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Sissy Iman.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia.

Akim 1
Akim 2
Black 4
Stacy 2
Ernie 2
Hazama 2
Ernie 3
Hazama 1
Mentor Slides Stacy
Para mentor Mentor Milenia 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Japanese Restaurant KOMA opens at Marina Bay Sands

Muzikal Lawak Superstar Minggu 4 Malam Penuh Drama