in

Muzikal Lawak Superstar Minggu 4 Malam Penuh Drama

Kumpulan ‘underdog’ lakar sejarah, Issey buat kemunculan mengejut? Ain Edruce menangis atas pentas. Ammar terkedu sebak.

Drama, tangisan, dan gelak ketawa; itulah minggu kelima di Muzikal Lawak Superstar yang penuh dengan kejutan demi kejutan. Siapa sangka tema ‘Tempat Kerja’ itu boleh membawa begitu banyak pementasan yang berbeza dan menghasilkan saingan yang amat sengit di antara 10 kumpulan di program itu? Malah, terdapat tiga kumpulan yang dikira ‘underdog’ di Muzikal Lawak Superstar yang meraih takhta ‘Top Three’ – VOICES (Sharif, Chiwan, Shiha Zikir), JBORN (Khir Rahman, Joey, Vicha), dan UNI (Fad, Atu, Fakhrul UNIC)!

Muzikal Lawak Superstar Minggu 4

Kembali kepada kejutan… VOICES memenangi gelaran ‘Superstar of the Week’! Dengan lakonan mantap ketiga-tiga ahli yang menggunakan ‘Tukang Kasut’ sebagai pekerjaan, suara merdu menyanyikan rendisi unik lagu Whitney Houston ‘I Will Always Love You’, serta kecekapan menggunakan pentas dengan babak pergaduhan yang menggelikan hati, kumpulan ini berjaya mengumpul sejumlah 59.42% undian!

Kejutan lagi dari Datuk Awie! Terhibur dengan penceritaan dan penulisan lawak serta teknik ‘wordplay‘ yang dipersembahkan oleh kumpulan JBORN, Datuk Awie buat kali pertamanya dalam sejarah Muzikal Lawak Superstar memberikan kumpulan itu 5 ‘Star‘! 

Juri tetap, Datuk Awie yang digelar “konsisten” dengan pemberian markah bukan sahaja oleh peserta dan hos malah peminat program ini, ternyata begitu gembira dengan lakonan Khir Rahman yang berjaya memenangi hatinya sehinggalah beliau dengan berbesar hati memberikan kumpulan itu 5 ‘Star’. Tahniah buat kumpulan JBORN!

Seperti yang kita tahu, ibu kepada Issey (ahli kumpulan TITANS bersama Ain Edruce dan Ammar) baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Namun, Issey yang melakukan kemunculan mengejut membuat juri tetap yang lain, Nora Danish dan Altimetcukup terkesan dan sebak mengenang nasibnya.

Malah, Ain Edruce dan Ammar juga terus menangis melihat semangatnya yang ingin bersama-sama melakukan persembahan. “Tema minggu ini adalah Tempat Kerja. Dah tempat kerja seorang pelawak adalah di atas pentas!” kata Issey. Komitmen Issey terhadap kariernya sebagai seorang penghibur wajar dicontohi.

Betul, menjadi seorang penghibur bukanlah senang. Membuat lawak? Lagilah susah. Memuaskan semua pihak? Mustahil! Dengan itu, seperti minggu-minggu yang sebelumnya, terdapat satu kumpulan yang akan disingkirkan pada akhir rancangan kerana tidak cukup undian atau telahpun memberikan persembahan yang kurang menyengat. 

Muzikal Lawak Superstar Minggu 4

Kumpulan yang disingkirkan itu adalah… LIBRA, yang dianggotai ‘Kak Lina Pom Pom’ Elly MazleinRahim Sepahtu, dan pelakon popular, Bell Ngasri.

Kumpulan lain ‘Bottom Three’HEART (Ezad Lazim, Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers) dan TAMANZ (Zulin Aziz, Man Raja Lawak, Tauke), dan peserta-peserta yang lain terselamat untuk minggu hadapan, dan masih mempunyai harapan untuk memenangi RM150,000 di finale nanti!

Lebih menarik, lokasi pada minggu hadapan pula adalah ‘Pusat Membeli Belah’!

Muzikal Lawak Superstar Minggu 4

Jom saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)!

Di antara barisan artis dan selebriti yang terlibat adalah Ain Edruce, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Zulin Aziz, Issey, Fakhrul UNIC, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers, Tauke, Khir Rahman, Shiha Zikir, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Ammar Titans, Daniel Lawak Solo, Wan Gegau, Syura, Chiwan Chilok, Atu Zero, Sharif Zero dan ramai lagi.

Muzikal Lawak Superstar Minggu 4
Muzikal Lawak Superstar Minggu 4
Muzikal Lawak Superstar Minggu 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Asah Bakat Sertai Mentor Milenia, Ujibakat Kini Dibuka

Swan Lake St Petersburg Ballet Theatre Irina Kolesnikova di Kuala Lumpur