in ,

Janna Nick Jadi Tamu Ketuk-Ketuk Syawal di Korea Selatan

Setiap tahun program masakan no.1 popular di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Ramadan, “Ketuk-Ketuk Ramadan” menerusi episod khas “Ketuk-Ketuk Syawal” menjanjikan lokasi menarik di luar negara menjalani penggambaran siri yang mendapat sambutan hebat penonton ini. Ia sebagai kemuncak kepada perkongsian resepi enak yang dikongsikan artis terkenal yang telah pun bersiaran menemui penonton sepanjang Ramadan.

Ketuk-Ketuk Syawal 2016

Tahun 2016 ini menyaksikan Korea Selatan menjadi pilihan lokasi rakaman program ini setelah tahun 2014 diadakan di Perth, Australia dan 2015 di London.

Istimewa berlatarkan lokasi indah Pulau Nami, Korea Selatan, program masakan popular di RTM sepanjang Ramadan ini bersiaran menemui penonton pada hari raya pertama, 6 Julai ini, pukul 12.05 tengah hari di TV1.

Bersama pengacara Sheila Rusly, menariknya kunjungan dan rakaman khas di Korea ini mengundang sama tetamu iaitu pengasas kosmetik D’nars Puan Faziani Rohban. Begitu juga pelakon yang sedang meniti nama di bibir peminat, Janna Nick turut sama berkongsi momen indah di sana menyediakan hidangan menarik dan terbaik juadah hari raya.

Justeru usah lepaskan peluang menyaksikan kemunculan dan dan aksi mereka memeriahkan program menarik ini di TV1.

Ketuk-Ketuk Syawal 2016 di Korea

sesi penggambaran Ketuk-Ketuk Syawal 2016

Sheila Rusly, Janna Nick dan Puan Faziani Rohban

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Do-IT Raya di RTM Dimensi Berorientasikan Inovasi & Teknologi

Dokumentari DHUHA Kongsi Motivasi Personaliti Undangan