in

Dokumentari DHUHA Kongsi Motivasi Personaliti Undangan

Dokumentari empat episod bertajuk “Dhuha” yang berbentuk genre keagamaan berkaitan dengan beberapa personaliti yang dipilih antara program terbaik yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena menghayati sambutan Aidilfitri ini.

Ternyata pemilihan program dokumentari ilmiah yang mengundang personaliti undangan dalam lapangan berbeza ini pastinya mampu memberikan motivasi dan perkongsian yang berguna untuk semua penonton.

Empat episod dokumentari ini bersama personaliti dipilih iaitu Ustaz Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz (11 Julai ini, pukul 7.30 malam), Enot (13 Julai ini, pukul 7.30 malam), Sham Kamikaze (14 Julai ini, pukul 7.30 malam) dan Ahmad Ammar Ahmad Azam (15 Julai ini, pukul 6.00 petang) yang kesemuanya disiarkan menerusi saluran TV1.

Dokumentari DHUHA Kongsi Motivasi Personaliti Undangan di TV1

Episod pertama bersama Ustaz Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz memaparkan keadaan penghijrahan seorang hamba Allah yang bermula kehidupannya sebagai seorang mubligh paderi Kristian kepada seorang ustaz. Malah beliau nyaris mati ditembak oleh bapa sendiri kerana memeluk Islam. Sejak dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Kristian dengan nama Johanis, dia meminati Islam ketika berada di sekolah dan hanya mendengar penerangan tentang Islam dalam mata pelajaran agama di sekolah.

Begitulah sebahagian daripada kehidupan Ustaz Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz, seorang anak Sabah yang mengambil masa selama tujuh tahun untuk mengislamkan seluruh ahli keluarganya, termasuk kedua orang tuanya di Kota Belud, Sabah dan kini beliau adalah seorang penceramah bebas. Perkataan “Tahi Itik” pada nama kuih membawa kenangan beliau kepada Syawal hingga ke hari ini.

Usah ketinggalan menyaksikan episod membawakan pendekatan kepada pelakon komedi yang dikenali sebagai Enot yang berhadapan dengan penyakit kanser usus tahap dua. Beliau menceritakan pengalamannya dari awal bagaimana keadaan setelah mendapat tahu mempunyai penyakit tersebut yang boleh mendatangkan maut. Selain dari kerja berlakon yang semakin berkurangan, Enot lakukan penjualan kek dan biskut secara jualan atas talian. Kehidupan kini lebih dihargai dengan keadaan perjalanan hidup yang semakin singkat.

Siapa yang tidak mengenali pemuzik bernama Sham Kamikaze? Dokumentari ini memaparkan kisah ringkas pengenalan kepada peminat-peminat muzik tempatan berkenaan Sham Kamikaze atau Shamril Mohd. Salleh, dikenali bukan sahaja sebagai pemuzik profesional tetapi juga sebagai pemuzik pendakwah ke arah cintakan Islam. Beliau boleh memainkan segala jenis genre muzik. Sham menceritakan tolik-titik bagaimana beliau boleh mengetepikan laman muzik yang dirasai kosong dan membuatnya memutar hala muziknya ke arah agama dan ke arah ketuhanan. Episod ini memberi gambaran bagaimana Sham menjalankan permainan muziknya untuk bersama masyarakat menuju jalan yang diredai Allah.

Episod terakhir membawakan pengenalan kepada seorang insan, selepas dia dijemput oleh Ilahi. Pelajar Ahmad Ammar Ahmad Azam, rakyat pertama Malaysia yang disemadikan di bumi Turkey, kerana satu kemalangan jalanraya di Istanbul. Misi kemanusiaan dan perjuangan demi Islam ke semerata dunia yang dia pergi. Kemalangannya tidak mempunyai kesan darah pada tempat kecederaannya dengan wajah berpeluh walaupun setelah 48 jam meninggal dunia. Ribuan rakyat Turkey menyembahyangkan jenazahnya dan disemadikan dikawasan kubur arwah para ulamak Turkey. Segala penceritaan tentang beliau diceritakan oleh kedua ibu bapa dan neneknya dalam episod ini dan juga kenapa beliau dijadikan bahan contoh kepada para warisan muda.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick Jadi Tamu Ketuk-Ketuk Syawal di Korea Selatan

Shukri Yahaya Pegang Watak OKU Dalam Telemovie JANJI HATI