in

IZ OIAM Berjaya Ke Konsert Jelajah Promosi Filem Antarabangsa

IZ One In A Million 2, terpilih untuk turut serta di dalam Konsert Jelajah Promosi Filem Antarabangsa di India & Perancis bermula hujung Disember ini. Tahniah IZ!

IZ seorang bintang yang lahir dari program realiti 8TV ‘One In A Million 2’ telah dipilih lagu ciptaannya untuk dimasukkan ke dalam album runut bunyi filem terbitan Metro Films India bagi pasaran antarabangsa yang bertajuk ‘The Successor: Private & Confidential’. Wow! Internationalnya….

4207694654 Cfa5Be3A0C O | 4

Berbekalkan lagu remix single beliau yang berjudul ‘Gonna Be Alright Remix Featuring C. Loco’ , duta terbaru produk-produk I.T. Toshiba ini berjaya mengalahkan ribuan bakat-bakat dunia yang mencuba nasib sekaligus melayakkan dirinya bersama-sama sembilan lagi artis solo dan berkumpulan terpilih dari seantero dunia (UK, US, Australia, New Zealand & India) untuk dimuatkan ke dalam album runut bunyi filem ini.

Produser Filem, Rubia Braun memberi komen “Projek album runut bunyi ini yang sememangnya bersifat inovatif serta menampilkan kepelbagaian genre muzik dan artis dari merata tempat, kami merasakan adalah lebih menarik jika kami mengambil salah seorang daripada Malaysia. Bila kami dengar tentang IZ, pihak kami meminta beliau menghantarkan laguya kepada pihak kami”.

4206935389 B1E844Bb7E O | 5

IZ semasa buat persembahan di Anniversary Celebrity Fitness di Sunway

4206936093 Ff8Bb4F25F O | 6

IZ juga turut diundang untuk terbang ke Bangalore & Goa, India untuk membuat persembahan di dalam acara ‘first-of-its-kind national soundtrack concert tour’, yang akan bermula pada malam tahun baru nanti, di penghujung Disember ini.

Konsert jelajah bagi mempromosikan filem ini akan diteruskan di kawasan bandar-bandar utama India seperti Mumbai, New Delhi, Bangalore, dan Hyderabad serta khasnya di sekitar kawasan pesta Goa. Pihak Metro Films India juga bercadang untuk membawa konsert jelajah ini ke Cannes, France sempena dengan Festival Filem Cannes pada 2010.

Pengendali Projek, Kranthi Varma menambah “Kami amat menantikan kehadiran IZ yang berbakat dan juga ranggi untuk diperkenalkan di India sebagai usaha mempromosikan album runut bunyi filem ini dan kami amat menantikan reaksi positif penonton, apatah lagi melihatkan gaya vokalnya yang mantap serta ‘fun’.”

4207694884 8C9C9C42F2 O | 7

Metro Films India yang merupakan pembikin filem The Successor: Private & Confidential ini begitu teliti menyimpan segala informasi filem, mesej dan jalan ceritanya sekaligus menguatkan lagi mesej ‘Private & Confidential’ yang akan cuba disampaikan kepada penonton.

Filem ‘The Successor: Private & Confidential’ bersama-sama album runut bunyi yang mengandungi lagu ciptaan IZ One In A Million 2 ini bakal dilancarkan di India pada Januari 2010 manakala di Malaysia pada pertengahan tahun 2010. Lagu IZ, ‘Gonna Be Alright Remix Featuring C. Loco’ ini juga boleh dimuat turun dari laman GUA MUZIK sekarang – Diterjemahkan oleh Khairee Karim

Untuk Mendengar Single Funky Terbaru Dari IZ bagi 2010 yang bertajuk A.L.O.N.E, Sila klik fanpage IZ:  FANPAGE IZ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rentak Juara Rhythm Of Champions 2010 Cipta Fenomena

Ucapan Ikhwan Bong Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com