in , , ,

Peraduan Jom Menonton Filem IT CHAPTER TWO

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini! Jadi apa tunggu, dapatkan 2 tiket percuma dengan menyertai peraduan ini. Lekas sertai sekarang!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa IT CHAPTER TWO anjuran Budiey.com kerjasama Warner Bros. Malaysia bersama beberapa orang selebriti, influencer dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com yang menggemari filem seram terutamanya yang mengikuti kisah IT (2017) yang pertama dan kali ini anda akan disajikan dengan kisah yang berlaku selepas 27 tahun kejadian mengerikan badut Pennywise yang dilakonkan oleh pada tahun 1989. Pasti menarik bukan?

Yang penting, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 3 September 2019 (Hari Selasa) di GSC 1 Utama.

Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 5 September 2019.

It Chapter Two
© 2019 Warner Bros. Entertainment Inc. All Rights Reserved.

Sinopsis Filem IT CHAPTER TWO

Filem yang berdurasi 2 jam 45 minit ini adalah kesinambungan dari filem pertama yang mana ia akan mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989. The Losers Club kini sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu panggilan telefon memaksa mereka pulang kembali ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It kembali. Kali ini dengan cara yang lebih menyeramkan. Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan It buat selama-lamanya, tetapi makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.

Filem IT CHAPTER TWO yang diangkat dari novel karya Stephen King ini diarahkan oleh Andy Muschietti.

Filem ini turut dibintangi oleh pelakon James McAvoy, Jessica Chastain, Jay Ryan, Bill Hader, Isaiah Mustafa, James Ransone, Andy Bean dan Bill Skarsgård.

Selepas menonton trailer di atas ini, Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem IT CHAPTER TWO yang menyeramkan ini.

Filem IT CHAPTER TWO akan ditayangkan di pawagam mulai 5 September 2019, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

It Chapter Two
© 2019 Warner Bros. Entertainment Inc. All Rights Reserved.

Peraduan Tayangan Premiere Filem IT CHAPTER TWO

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 84 tiket IT CHAPTER TWO untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

3 September 2019 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Sebanyak 85 keping tiket IT CHAPTER TWO perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere IT CHAPTER TWO – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ITMovieMY

Anda perlu mencipta slogan kreatif dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

  1. In IT,what is the name of the fictional town in Maine where the Losers Club grew up and then later come together again in IT Chapter Two?  
  2. Emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem IT CHAPTER TWO kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Premiere IT CHAPTER TWO – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

1 September 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 5 September 2019 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures.

It Chapter Two
© 2019 Warner Bros. Entertainment Inc. All Rights Reserved.
It Chapter Two
© 2019 Warner Bros. Entertainment Inc. All Rights Reserved.
It Chapter Two
© 2019 Warner Bros. Entertainment Inc. All Rights Reserved.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 25

Pencarian Dewi Remaja 2019 Kembali Menemui Penonton

Angry Birds | 26

5 Reasons to Watch The Angry Birds Movie 2 This Weekend: 90-Minutes of Solid Fun