in , , ,

Isu Misi Bantuan Gaza Caprice & Ebit Lew, Giliran Ustaz Kazim Elias Pula Bersuara

Isu yang terus trending dan hangat diperkatakan dalam media sosial sejak beberapa hari lalu adalah isu Caprice berselisih dengan Ebit Lew. Kali ini kita baca pula apa kata alim ulamak tentang isu ini.

Caprice berjanji membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza, Rabu ini, dan Ariz Ramli berharap hubungannya dengan Ustaz Ebit Lew pulih.

“Tumpuan yang kalian berikan kepada UEL (Ustaz Ebit Lew) benar-benar membuatkan saya ingin dedahkan perkara sebenarnya mengenai pasukannya.”

Demikian tulis penyanyi rap, Caprice di Instagram Storynya meluahkan perasaan apabila ramai netizen yang mula berpihak kepada Ebit berikutan isu perselisihan antara Caprice dengan pasukan pendakwah itu.

Dalam hantaran itu juga, Caprice terbuka untuk berkongsi maklumat mengenai perkara baik dan kurang baik membabitkan pasukan Ebit ketika rombongan berkenaan ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

“Di Gaza, dia hanya 10 peratus daripada apa yang berlaku. Tapi, kalau kalian menyebut-nyebut nama itu sebab nak bakar lagi, saya sedia untuk tunjuk lagi sampai yang marah, betul-betul faham dan sedar, ada benda baik yang pasukan UEL buat.

“Tapi, ada benda kurang baik juga berlaku yang orang lain kena hadam seperti saya. Ini bukan kali pertama, cuma banyak badan bukan kerajaan (NGO) tak berani bersuara sebab takut dengan maklum balas netizen begini,” tulisnya.

Tambahnya, nama Ebit itu begitu ‘mahal’ sehinggakan ramai yang membela nasibnya.

“Tolong jangan paksa saya. Masalah ini lebih besar dari UEL, tapi sebab nama ini terlalu mahal, sekali petik saja semua nak bela sebab dia seorang ustaz dan buat banyak benda baik.

“Ya, saya begitu juga dulu. Tapi, sekarang saya kena hadam semua yang berlaku di sini seorang diri. Minta maaf sangat-sangat,” tulisnya.

Caprice juga menjelaskan bahawa tidak wujud rasa dengki atau cemburu dalam hatinya terhadap pasukan pendakwah itu.

“Tolonglah fikir logik. Tak ada sesiapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan UEL.

“Ini hanya apa yang berlaku pada misi Gaza yang buat saya dan pasukan-pasukan lain nak masuk ke Gaza selepas ini, lagi susah.

“Tolonglah faham. Tak ada sesiapa pertikai benda baik yang dia buat. Cuma dua ke tiga perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam,” tulisnya.

Lantaran itu, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias juga memberikan komen di laman sosial berkenaan kesalahan mencari kesalahan orang lain.

Rata-rata nitezen mengaitkan perkongsian tersebut adalah teguran buat Caprice berhubung misi bantuan Palestin yang dibuat olah pasukan Ebit Liew.

Isu Caprice &Amp; Ebit Lew, Giliran Ustaz Kazim Pula Bersuara

Perkongsian Ustaz Mohd Kazim Elias:

Cari salah orang memang jumpa la..

Kenapa x cari salah sendiri terlebih dahulu.

Mencari2 dan mencipta kesalahan orang lain itu sudah menjadi satu kesalahan.

Menjadikan netizen menyumpah menyeranah kerana perbuatan mencari2 kesalahan yg kita ciptakan jgk merupakan suatu kesalahan.

Mengutuk, menghina orang yg dikatakan bersalah sedangkan dia belum terbukti bersalah jgk satu kesalahan, hnya lantaran terpengaruh dgn dakwaan org lain.

Banyaknya kaitan salah krn menyalahkan orang lain sedangkan yg dikatakan bersalah belum tentu bersalah sebaliknya dialah yg sebenarnya sudah bersalah awal-awal lg kerana mungkin memfitnah, mengadu domba dan mengaibkan org.

Hormatlah org.. apatah lagi yg lebih tua drp anda.

“Bila dah terasa lebih pandai drp org, itu satu penyakt sebenarnya…kena dirawat cepat takpun divaksin terlebih dahulu…

Isu Caprice &Amp; Ebit Lew, Giliran Ustaz Kazim Pula Bersuara

Rata-rata netizan bersetuju dengan pandangan dan nasihat Ustaz kazim

“Sungguh ustaz, mncari2 salah org, mencari2 aib org , Allahu.. dlm musim wabak virus ni yg sgt merbahaya, rupanya wabak mncari2 salah org ni lgi merbahaya, ada je yg xpuas hati, ada je yg sakit hati, Allahuakbar .. betul ustaz org mcm ni kena bgi vaksin , vaksin untuk sedarkn diri, vaksin untuk jernihkn hati, org lain berkejar2 cari pahala sempena hari arafah esok, ada yg lupa , lupakn nikmat2 Allah, Buatlh Allah ambil nyawa ketika kita sibuk cari salah org, cari aib org , Allah ambil nikmat nafas, nikmat hidup, nikmat sihat Allahurobbi jauhknlh kami dari sifat2 hasad dengki, kita bersaudara untuk apa disebarkn, malu dgn Allah, Allah tutup aib2 kita , knpe zalim sgt kpd diri dan org lain, Nauzubilahi minzalik , semoga Allah ampuni dosa2 kita Aamiin ya Allah”

“#caprice..semuga hadam apa yg ustaz sampaikan..pastu ucap terima kasih kt ustaz sebab bagi nasihat..baru ada adab..lg satu selesai misi kt sana cepat² balik malaysia..kami semua rindu tak sabar nk pulas telinga hang..hang jgn buat lecehhh..”

‘Saya Bukan Depresi, Tapi ‘Naik Gila’ Apabila Jihad Dicabar’

Penyanyi dan aktivis sensasi, Caprice menepis dakwaan ramai yang menyifatkan dirinya mengalami masalah kesihatan mental dan depresi berikutan pendedahan permasalahan yang dihadapi dengan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) kepada umum.

Caprice menerusi hantaran Instagramnya memberitahu situasi yang dialaminya ketika ini bukanlah berpunca daripada depresi seperti yang dilabelkan netizen tetapi lebih cenderung kepada kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

“Sekarang pukul tiga pagi (waktu tempatan) dan saya tidak boleh tidur. Ramai cakap saya mengalami depresi dan kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu.

“Bagi saya, ini bukan isu depresi tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan. Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik gila’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” kata pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu.

Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir menegaskan, dia terpaksa meluahkan kekecewaan memandangkan hubungannya dengan seorang individu yang pernah dihormatinya suatu ketika dahulu kini renggang natijah campur tangan pihak luar.

Malah, dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih seperti dahulu.

“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza.

“Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan ahli politik. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia turut mendedahkan pernah mempunyai perancangan bersama UEL untuk melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama.

Namun, perancangan tersebut tidak dapat direalisasikan kerana campur tangan pihak lain yang didakwa ahli politik.

“Ketika tiba di Cairo, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada tangan ahli politik yang masuk campur.

“Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi bergini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.

“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada tangan dari luar yang tak mahu lihat saya masuk,” ujarnya.

Terdahulu, dalam sesi siaran langsung semalam, Caprice turut memberitahu dia juga enggan pulang ke tanah air selagi kerajaan tidak bertukar.

“Rakyat Malaysia dianaiya, kita sentiasa berjuang untuk rakyat Malaysia. Tapi saya tak nak balik sebab apa yang saya dapat tahu di tanah suci, saya tidak boleh terima kerajaan hari ini,” katanya.

Susulan sesi Live tersebut, orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan mental Caprice yang dilihat tidak terkawal.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza, Palestin.

Malah, dia turut mendedahkan UEL telah menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.

Kosmo! pada 24 Jun lalu melaporkan Caprice terbang seorang diri ke Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza yang telah lama diimpikannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Shuib Fizie | 23

Fizie Sebak Ucap Selamat Tinggal Hot FM

Farrah Adeeba | 24

Jangan ‘Seronok’ Pegang Popcorn, Farrah Adeeba Dedah Tentang Isu Misi Bantuan Ebit Lew