in , ,

Isteri Abam Bocey Komen Isu Saman Ali Puteh

Balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh. Ini kerana, Hidayah tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, menurut ahli keluarganya.

Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

“Buat masa ini Hidayah tidak mahu ditemui oleh pemberita dan enggan mengulas sebarang isu saman untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” 

– Nor Hidayah

Tambah Hidayah, apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya lagi.

Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Ali mengakui mengambil keputusan menyaman bekas kakak iparnya itu sebagai tindak balas terhadap Hidayah yang mengeluarkan saman kepadanya terlebih dahulu.

“Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular,”

Ali

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.

Sebelum ini, Ali mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong 2020 | 18

“Bapa Saya Penjaja, Ibu Saya Bekerja di Pub…” – Alvin Chong

Ara Johari | 19

Ara Johari Bersumpah Tak Pernah Meneguk Minuman Keras