in ,

Isteri Aaron Aziz Makin Pulih, Tiada Kecederaan Serius

Isteri Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik, 40, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya hingga dirawat di sebuah hospital di sini, Rabu lalu, dilaporkan pulih.

Berkongsi berita gembira itu, Aaron, 46, lega dan bersyukur kerana isteri tersayang tidak mengalami kecederaan serius dan sudah kembali bekerja.

“Alhamdulillah, Diyana semakin pulih. Dia sudah pun kembali bekerja selepas dua hari berehat di rumah.

“Tidak dinafikan selepas kemalangan, Diyana trauma. Tetapi selepas melakukan ujian X-Ray dan mendapati tiada kecederaan serius, barulah dia lega,” katanya kepada BH Online.

Kelmarin, menerusi hantaran di Instagram (IG), Aaron yang meraih trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 dan 2013 ini berkongsi rasa cemas apabila mendapat berita Diyana yang juga pengurus peribadinya, terbabit dalam kemalangan.

Melalui entri itu, pelakon drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa itu memberitahu kenderaan jenis MPV dinaiki Diyana remuk pada bahagian belakang selepas dilanggar.

Susulan kejadian itu, Diyana menerima rawatan pesakit luar di sebuah pusat perubatan di ibu negara dan dinasihatkan berehat di rumah.

Aaron dan Diyana mendirikan rumah tangga pada 2003. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FATIN AFEEFA

“Kahwin Celah Mana Kau Ni?”Adam Shahz Hilang Sabar Dengan Fatin Afeefa

WOWSHOP ASTRO

WOWSHOP & Nona TV3 Lancar ‘Le Nona’ Set Hidangan Anggun Bergaya