in , ,

Iss Arffan Kembali Mempertaruhkan Single Kedua CINTA LENYAP

Setelah muncul dengan Tiada Bernoktah, Iss Arffan kembali mempertaruhkan single kedua “Cinta Lenyap” Hasil nukilan dan berdasarkan pengalaman sendiri.

Lagu bergenre balada dengan naratif lirik yang terinspirasi dari kisah sebenar tentang percintaan seorang lelaki kelainan upaya pendengaran dan bisu sewaktu di bangku sekolah, yang mana pengakhir kisahnya telah ditinggalkan kerana kekurangannya. 

“Saya benar-benar cuba menghayati sebaik mungkin melodi dan lirik “Cinta Lenyap” sewaktu rakaman, sebak mengenangkan kisah dibalik lagu ini setelah membayangkan perasaan ditinggal kekasih semata-mata kerana beliau merupakan insan Orang Kelainan Upaya (OKU). Sebuah lagu cinta tentang harapan, keikhlasan hati yang akhirnya di persiakan,”

– Iss Arffan
Iss Arffan Kembali Mempertaruhkan Single Kedua Cinta Lenyap

Pemenang tempat ketiga Lagu Cinta Kita 2021 musim kedua yang disiarkan di TV3 ini turut menceritakan survival seni beliau sebelum merakamkan single secara professional dibawah label MAP Music diatas minat yang tidak bertepi didalam bidang ini. 

Cita-cita sejak kecil ialah menjadi seorang pemain bola sepak sebenarnya, sehingga saya berjaya mewakili Negeri Sarawak untuk pertandingan futsal pada usia 11 tahun.

Suatu hari secara tidak sengaja ibu saya telah mendengar nyanyian saya dan terus mengambil keputusan menghantar saya ke Kelas Vokal yang memfokuskan kepada Irama melayu asli, dan saya terus mencuba pelbagai perkara untuk memperluaskan lagi pengalaman seni saya dengan menyertai pelbagai pertandingan serta turut berbusking di seluruh Sarawak.

– Iss Arffan

Pencapaian tertinggi ketika itu setelah menggondol tempat ketiga didalam pertandingan lagu melayu Asli diantara sekolah seluruh Sarawak. 

Melihatkan bakat serta komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk terus maju didalam bidang nyanyian, diharapkan single kedua beliau ” Cinta Lenyap ” akan mendapat tempat di hati para pendengar pelbagai lapisan masyarakat.

Cinta Lenyap bukan sekadar halwa telinga, malah sarat dengan pelbagai mesej, umpamanya bahana memberi harapan dan pedihnya setelah ditinggalkan, apatah lagi kerana kekurangan yang dialami sejak azali. 

Cinta lenyap akan diluncurkan di platform digital dan streaming pada 15hb Julai 2022, semoga cubaan kali ini mencapai jaya seperti diimpikan. 

Iss Arffan Kembali Mempertaruhkan Single Kedua Cinta Lenyap

LIRIK CINTA LENYAP (Iss Arffan) 3’15

Lagu & Lirik: Iss Arffan (Media Asia Production Sdn Bhd) 

(Verse)
Ku berikanmu
Sepenuh jiwaku yang berharga Untukmu 

Ku mencintamu Perasaan ini hanya kamu Tahu 

(Chorus)
Ku tahu diriku tak sempurna
Ku hanya ada cinta yang luar biasa Sayang jangan kau pergi
Sayang abadi disisi 

(Bridge)
Maaf andai kulakukan salah Hingga membuatmu jadi berubah Segala kenangan kita bersama Akan ku ingat selamanya 

(Chorus)
Ku tahu diriku tak sempurna
Ku hanya ada cinta yang luar biasa Sayang jangan kau pergi
Abadi disisi 

Segala perit telah ku lalui
Untuk membuktikan betapa cintaku padamu Akhirnya kau pun pergi
Pergi dari hidup ini 

Maaf andai ku tak sempurna Untukmu 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured 8 1 | 21

Ulasan & Pendapat Penonton Tentang Fenomena Filem MAT KILAU

Erra Awie | 22

Dato’ Awie & Erra Fazira Kembali Disatukan Dalam Showcase Awie Romantika