in , , ,

Dari Pemain Bola Sepak, Iss Arffan Kini Jadi Penyanyi, Lancar Single Pertama TIADA BERNOKTAH

Iss Arffan atau nama seberna Mohd Nur Izwandi Bin Affendi adalah seorang penyanyi “Balada” dari Malaysia. Tiada Bernoktah merupakan single pertama (1) Iss Arffan di bawah naungan Map Music.Tiada Bernoktah adalah ciptaan hasil El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd), manakala lirik juga oleh El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd).

Sebelum bergelar seorang penyanyi, Iss Arffan merupakan seorang pemain bola sepak. Pada suatu hari, ibunya mendengar nyanyian daripadanya terus mengambil keputusan untuk mengasah bakat melalui kelas vokal Melayu Asli. Iss Arffan telah menyertai pertandingan lagu Melayu Asli antara sekolah di seluruh Sarawak dan mendapat tempat Ketiga (3). Setelah 3 tahun menuntut ilmu, beliau telah memberanikan diri untuk membuat persembahan seperti busking & menyertai pertandingan nyanyian karaoke di Sarawak.

Minat untuk menyanyi semakin mendalam, Iss Arffan mula membuat pelbagai cover song di laman Instagramnya. Beliau mencuba nasib dengan menghantar demo ke label Mapmusic dan beliau diterima atas keunikan suara beliau yang sangat memukau. Iss Arffan juga memenangi tempat Ketiga (3) dalam program Lagu Cinta Kita Musim 2, TV3 Malaysia pada tahun 2021.

Dari Pemain Bola Sepak, Iss Arffan Kini Jadi Penyanyi, Lancar Single Pertama TIADA BERNOKTAH

Lagu ini menceritakan tentang sebuah perhubungan diantara pasangan yang sudah menghampiri ke arah alam perkahwinan. Seorang lelaki yang bertungkus lumus untuk membuat persediaan demi memenuhi kehendak kekasihnya. Namun kekasihnya beralih arah dibelakang setelah berjumpa dengan seorang lelaki yang lebih sempurna dimatanya, akhirnya dilihat sendiri oleh lelaki tersebut.

Atas dugaan yang menimpa, mereka cuba untuk berbincang tentang masa depan tetapi hinaan serta makian yang dilemparkan oleh kekasihnya terhadap dirinya. Usaha tidak berbaloi itu, lalu membuatkan lelaki tersebut mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya.

Namun kekasihnya cuba kembali selepas ditipu oleh lelaki lain yang bersamanya. Namun, tiada lagi ruang dihati si lelaki terhadap kekasihnya. Ayat “Sadis terbunuh sakit ditembus oleh katamu” cukup menceritakan betapa hinanya si lelaki dimata si gadis yang tidak tahu erti menghargai sebuah perhubungan yang tulus.

Lagu ini dikeluarkan pada 22 Januari 2021. Lagu ini boleh didapati di semua platform digital muzik dan streaming. Diharapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada pihak media. Terus menyokong Iss Arffan untuk terus mewarnai industri muzik.

Lirik Lagu TIDAK BERNOKTAH

Tiada Bernoktah  (ISS ARFFAN)

Lagu & Lirik: El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd)

Bergenang, mengalir tak berpaling

Semuanya,, yang diimpikan

Hancur di dalam kesengsaraan

Tergantung hanya tiada bernoktah

Apa yang harus diperbuktikan

Kita dah tak sehaluan

Kau pinta aku tuk beri segalanya

Kau khianati kau pendusta

(Korus)

Biarlah musnah kini semua bahagia

Tiada cerita yang manis dilakar

Hanya penderitaan disambut kecewa

Hancur kau remukkan

Sadis terbunuh 

sakiti ditembus oleh katamu

Sepertinya aku

Tak berharga bagimu

Jauhkanlah aku darimu 

Follow Iss Arffan

Instagram: issarffan_ Facebook: Iss Arffan Tiktok: issarffan Twitter: IssArffan

Dari Pemain Bola Sepak, Iss Arffan Kini Jadi Penyanyi, Lancar Single Pertama TIADA BERNOKTAH
Dari Pemain Bola Sepak, Iss Arffan Kini Jadi Penyanyi, Lancar Single Pertama TIADA BERNOKTAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PTTI Tawar 10000 Tiket Percuma Belajar Online Untuk Calon SPM

Disney+ Bakal Dilancarkan di Malaysia, Laman Facebook & Instagram Rasmi Sudah Pun Disediakan