in

Intan Ladyana, Memey Suhaiza dalam Cinta Terlepas Pandang

TELEMOVIE RAYA : PERSAHABATAN MENJADI CINTA DALAM CINTA TERLEPAS PANDANG DI TV1

Apalah ertinya Aidilfitri andai tidak dapat merayakannya bersama insan yang tersayang. Bagi mereka yang baru menitip bunga-bunga cinta, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan tujuh kisah cinta yang berterusan bermula 11 hingga 16 September 2010. Slot khas ini bersempena sambutan Aidilfitri dengan program-program khas bersesuaian dengan temanya ’1 Kenikmatan Sejuta Pengertian’.

cinta terlepas pandang

Tampil dengan slogan Serikan Aidilfitri, TV1 membawakan telemovie menarik berjudul Cinta Terlepas Pandang dengan menyatukan pelakon-pelakon muda, pelapis dunia seni lakon tanah air seperti Intan Ladyana, Memey Suhaiza dan Ammar Sufian selain pelakon berpengalaman, Datuk Jalaluddin Hassan.

Cinta Terlepas Pandang membawa penonton menyelami hubungan persahabatan yang terjalin di antara Lea dan Dickie yang kemudiannya berubah kepada rasa cinta. Lea yang bekerja di syarikat milik ayah Dickie, sentiasa berusaha untuk menutupi segala sikap buruk Dickie yang terkenal sebagai mata keranjang, kaki perempuan dan sangat ego sehinggakan dia tidak pernah menyedari akan perasaan Lea padanya. Dickie hanya menganggap Lea sebagai sahabat baiknya di kala suka duka untuk berkongsi segala masalah bersama.

Semua perempuan mahu didekatinya termasuklah Ariana yang tiba-tiba muncul dan menjadi punca tergurisnya hati Lea. Lea tidak dapat menahan kekecewaan melihat hubungan cinta Dickie dan Ariana lalu mengambil keputusan untuk berpindah jauh dan terus melupakan Dickie.

Pemergian Lea menyedarkan Dickie akan kehilangan seorang insan yang sepatutnya dicintai kerana banyak dikaburi oleh sikap Ariana. Dickie mula mencari dan menjejaki Lea dengan pelbagai cara namun segalanya tidak berhasil.

Bagi mengubati kekecewaannya, Lea telah menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki bernama Tengku Fadzly atau Ku Fad. Sikap prihatin, baik hati dan ambil berat Ku Fad membuatkan Lea terpikat lalu mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan bersama. Lea kemudiannya berhasrat untuk menemui Dickie dengan harapan agar Dickie dapat menghalang pertunangan tersebut.

Adakah pertunangan Lea dan Ku Fad dapat dihalang oleh Dickie?, saksikan kesudahan satu di antara tujuh kisah cinta dalam Slot Khas Aidilfitri : Ceritera Cinta dengan menonton telemovie Cinta Terlepas Pandang pada 11 September 2010, Sabtu jam 2.05 petang di Saluran Informasi TV1.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Susuk, Jin Notti & Brainscan 21 di TV3

Build A New Life In The Country