in

Susuk, Jin Notti & Brainscan 21 di TV3

Susuk – Raya Keenam, 15 September, 9.00mlm

Susuk mengisahkan Soraya, seorang pelatih jururawat mendambakan kehidupan lebih dari ala kadar. Semua mimipi yang diidam kini menjadi kenyataan apabila dia menerima tawaran menjadi seorang pelakon.

Malangnya, bukan mudah untuk mencapai langit dan mencipta nama di persada seni yang penuh dengan cabaran dan saingan daripada bakat-bakat yang muda dan cantik.

Akhirnya, Soraya mengalah setelah dipujuk untuk mencuba amalan susuk bagi mengekalkan kecantikan dan popularitinya. Sebelum jauh terjebak dan sebelum susuk sendiri memakan tuannya, kini dia mesti memilih samada untuk terus di laluan yang benar atau mengharungi jalan hitam yang menagih pengorbanan yang besar. Sementara itu, Suzana pula seorang diva terkenal yang sedang mendaki puncak populariti teratas.

Namun terselindung di sebalik nama dan status bintang, Suzana adalah pengamal ilmu hitam tegar kerana dia pewaris susuk keramat. Namun setiap amalan jahat dan perkara terlarang yang dituriti pasti ada musibahnya, setiap kali dia melanggar pantang larang susuk, Suzana perlukan korban nyawa manusia. Apakah sebenarnya pertalian Soraya dan Suzana di dalam kemelut misteri ini?

Pelakon: Diana Rafar, Ida Nerina, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane, Aleeza Kassim

Jin Notti – Raya Kesepuluh, 19 September, 10.00mlm

Notti merupakan seorang gadis jin berusia 17 tahun yang sangat baik, lembut dan jujur. Dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara selama beratus tahun, Notti kemudiannya dihantar turun ke dunia oleh Majlis Penghakiman Jin.

Di dunia, Notti dikehendaki melakukan kejahatan dan harus melepasi skala kejahatan bagi membolehkannya bebas daripada hukuman. Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia iaitu Ruby (gadis punk), Y’vonne (Perempuan berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam). Bagaimanapun, ketika menjalani hukuman, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, tontoni Jin Notti yang bakal ditayangkan 19 September ini sempena sambutan Aidilfitri.

Pelakon: Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Corie, Bob Lokman, Adibah Noor, Acappan, Hafidzuddin Fazli, Sazzy Falak, Sheila Mambo, Betty Banafe

Brainscan 21 – 21 September, 10.00mlm

Kisah bermula apabila Dr.Suzana di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat dan orang kanannya Kupan telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim, pengawal keselamatan makmal tersebut.

Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati. Semasa dalam usaha melarikan diri, Cat dan Kupan bertembung dengan sekatan jalanraya oleh pihak polis. Kupan yang bersifat ‘bodoh-bodoh alang’ telah mencampakkan BS21 ke dalam semak apabila dimarahi Cat. Semasa Adruce, anak kepada Hashim dalam perjalanan balik dari sekolah, dia telah menemuinya dan membawa pulang BS21.

Pelakon: Nik Adruce, Erin Malik, Eric Fuzi, Faten, Sharifah Shahirah, M.Rajoli, Zul Yahya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Jom Balik Raya Suria FM 2010

Intan Ladyana, Memey Suhaiza dalam Cinta Terlepas Pandang