in , ,

Intan Ladyana Selamat Bersalin Anak Sulung, Harris Alif Luah Rasa Syukur 

Pelakon jelita, Intan Ladyana selamat bersalin anak sulungnya, semalam.

Perkongsian gembira tersebut dikongsikan oleh Harris Alif menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!

Menurut Harris, isterinya telah selamat bersalin sekitar jam 11.40 malam tadi. Sebagai suami, Harris berasa lega apabila isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan selamat. 

Pasangan ini belum berkongsi mengenai nama dan jantina bayi mereka. Korang rasa baby boy atau girl?

Ya Allah permudahkanlah segala urusan Isteriku.

– Harris Alif

Sebelum bersalin, Harris sempat mengambil dan memuat naik sebuah foto bersama isterinya. Menerusi foto tersebut, Harris berdoa semoga urusan isterinya itu dipermudahkan oleh Allah. Harris juga memohon doa daripada semua agar isteri dan bayinya itu berada dalam keadaan yang sihat.

Terdahulu, Intan dan Harris diduga apabila mereka berdua disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu, Intan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) manakala, Harris menjalani kuarantin di rumah.

Pada masa itu juga, ibu kepada Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid, berkata Intan sedang hamil tujuh bulan.

Sebagai ibu mentua, Khalizah bersyukur apabila anak dan menantunya hanya mempunyai simptom yang ringan dan tidak teruk.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Travel Trending | 20

5 Pusat Beli-Belah Di Negeri Selangor Dengan Dekorasi Meriah Bertemakan Perayaan Tahun Baru Cina!

Keanu Reeves

Stream THE MATRIX RESURRECTIONS First On HBO GO From February 5