in , ,

Semoga Kandungan Anak Soleh, Solehah, Doa Ebit Lew Ini Sahkan Intan Ladyana Hamil

Sebelum ini, timbul spekulasi pelakon Intan Ladyana kini sedang hamil apabila ‘baby bump’ jelas kelihatan selepas muncul sebuah video dan beberapa keping foto yang memperlihatkan bahagian perut isteri kepada pelakon dan penyanyi muda, Harris Alif.

Desas-desus aktres Intan Ladyana, 39, kini berbadan dua semakin terjawab apabila pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu.

Pesanan tersebut diucapkan Ebit menerusi satu hantaran video yang dikongsi suami Intan iaitu Harris Alif dalam Instagramnya semalam.

“Ustaz ada doa tak untuk isteri saya?” tanya pemilik nama penuh Nor Harris Alif Nor Rashid, 22, itu.

Menerusi pesanan Ebit, selain untuk pasangan itu, dia juga mendoakan kesejahteraan buat anak dalam kandungan Intan agar menjadi anak yang soleh dan solehah kelak.

“Semoga Harris dan Intan Allah beri sentiasa bahagia sampai bila-bila, mati pun tak dapat dipisahkan.

“Mudah-mudahan selamat Insya-Allah kandungan anak yang soleh dan solehah, zuriat sampai kiamat serta berbuat kebaikan atas dunia. Insya-Allah sayang,”

– Ebit Lew
Semoga Kandungan Anak Soleh, Solehah, Doa Ebit Lew Ini Sahkan Intan Ladyana Hamil

Menjengah ke ruangan komen, Intan hanya meninggalkan komen: “Amin.”

Dalam pada itu, rata-rata netizen membanjiri ruanagan komen hantaran tersebut dengan doa buat Intan dan anak dalam kandungannya.

Doa yang dititipkan Ebit Lew baru-baru ini ibarat mengiyakan tentang kehamilan Intan. Ini kerana, dalam pada mendoakan semoga hubungan suami isteri tersebut kekal hingga ke Jannah, Ebit Lew turut mendoakan untuk kandungan Intan ketika ini.

Pelakon drama ‘Adnan Sempit’ itu turut meninggal komen dengan berkata Amin dalam hantaran yang sama. 

Terdahulu, tular beberapa video dan foto yang memberi bayangan pelakon drama Bougainvillea itu sedang hamil anak pertamanya.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemandu Lori Pasir Punca Kemalangan Ngeri Didapati Positif Dadah

Mendayu! Yuna Suntik Nafas Baru untuk BELLA CIAO Lagu Tema Drama MONEY HEIST