in , ,

Filem Seram BANGLO SEKSYEN 12 Arahan Pertama Intan Ladyana

Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filer pertama terbitan Intan Ladyana.

Malan Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 yang dihasilkan khusus bagi membe sokongan kepada filem tempatan diterbitkan oleh pelakon yang tidak asing lagi namanya dalar industri seni tanah air Malaysia iaitu Intan Ladyana. 

Sebagaimana yang kita semua tahu, Intan Ladyana terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci. 

FILEM BANGLO SEKSYEN 12

Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filer pertama terbitan Intan Ladyana.

Pihak PRISMA PICTURES SDN BHD dan METROWEALTH ingin mengucapkan terima kasih yang sangat kepada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas sokongan penuh dan sumbangan Dana Kandungan Digital (DKD) untuk memastikan filem kami berjaya dihasilkan dan dapat dinikmati oleh penonton di pawagam. Terima kasih atas sokongan yang berharga!

FILEM BANGLO SEKSYEN 12

Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air seperti Intan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini. 

Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

FILEM BANGLO SEKSYEN 12

Filem Banglo Seksyen 12 menceritakan kisah misteri pembunuhan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo. Banglo tersebut menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal yang ingin merekam kandungan untuk platform digital mereka.

Pelakon Utama Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam Filem BANGLO SEKSYEN 12

Warga Shah Alam pasti tahu tentang misteri di Banglo Seksyen 12. Kalau cari info, banyak cerita yang berbeza-besa tentang banglo ini. Banyak kumpulan paranormal datang untuk selidiki misteri ini, tapi misteri tetap misteri.

Aniq, yang jadi Amir dalam filem ini, kata berlakon dalam filem seram sangat luar biasa. Bagi dia, ini pengalaman pertama berlakon dalam filem, dan sangat berbeza dari berlakon dalam drama.

Hariz pula, yang jadi Fadzli, cakap walaupun filem ini diadaptasi daripada novel, tapi tak semua sama 100%. Banyak scene yang dicipta untuk buat filem ni lebih menarik dan berbaloi ditonton.

Aniq dan Hariz puji kerjasama dengan pelakon, pengarah, dan penerbit Intan Ladyana. Mereka kata semua orang sangat profesional dan baik. Intan Ladyana juga banyak ajar dan bagi tips untuk jadi pelakon yang bagus.

Tapi, masa dorang buat pengambaran Banglo Seksyen 12, Hariz cerita yang dorang kena hadap peristiwa mistik. Sebelum penggambaran, dorang ada kelas lakonan dengan Abang Zack Azhari Zain, pengarah dan pensyarah perfileman yang popular. Lepas kelas tu, Abang Zack ajak dorang pergi tengok banglo yang dorang nak shoot.

Hariz kata awal-awal dah rasa seram sejuk. Ada kelawar berterbangan dalam rumah banglo tu. Tujuan dorang pergi tengok banglo tu sebelum start penggambaran supaya dorang boleh rasa atmosfera tempat tu. Tapi bila balik tengok video dan gambar yang dorang ambil, ada yang pelik.

Salah sorang dari dorang nampak lain dalam video, dari segi warna baju dan muka. Dorang tak tahu kenapa, tapi agak seram la pengalaman tu!

FILEM BANGLO SEKSYEN 12
FILEM BANGLO SEKSYEN 12

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pecah Tanah KLIP Menandakan Pencapaian Dalam Infrastruktur Maritim

“Awak Tak Cari Ameena, Stop Cakap Saya Larikan Anak” – Shakilla