in ,

Ini Uniknya Video Muzik SEPERTI MEREKA Ruffedge

Video Perkahwinan Dan Pertunangan Peminat Ruffedge Di Dalam Video Muzik Rasmi ‘Seperti Mereka’

Hampir 10 tahun menyepi tanpa karya terbaru, kumpulan Ruffedge kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan singleterbaru berjudul ‘Seperti Mereka’ pada Ogos tahun lepas. Kini, arena muzik diwarnai dengan kehadiran video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’.

Di zaman kegemilangan mereka, kumpulan yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amir ini pernah popular menerusi lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Bila Rindu, Goyang, Khayalan, Da’ Bomb, Lemas dan banyak lagi.

Tonton Video Muzik SEPERT MEREKA. Jangan Lupa Komen. Best ke tak?

Kumpulan yang mendukung genre R&B dan hip hop sejak awal kemunculan mereka pada tahun 1998 ini, tetap mengekalkan genre muzik yang sama dalam ‘Seperti Mereka’.

Ruffedge - Seperti Mereka

Lagu yang mengangkat tema cinta ini diberikan sentuhan muzik R&B soul seperti lagu hit mereka terdahulu Bila Rindu. Singlepertama Ruffedge selepas 10 tahun ini merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’arahan Zalhilman Ismail ini sangat istimewa kerana ianya menayangkan bait-bait kenangan para pengantin yang telah melangsungkan perkahwinan sebelum ini.

Ruffedge - Seperti Mereka

Ruffedge telah mengumpulkan video-video perkahwinan dan pertunangan dengan cara mengadakan pertandingan di sosial media pada tahun lepas dan secara eksklusifnya ditayangkan di dalam video muzik rasmi ini. 

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 22 Januari 2019.

Ruffedge - Seperti Mereka
Ruffedge - Seperti Mereka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Marvel Studios’ Captain Marvel

Dah Buat Teaser, Tapi Nabila Razali Kecewa Tak Ramai Tonton VROOM VROOM