in , ,

Ruffedge Bakal Memukau Peminat Di Konsert Sulung RUFFERA Di DFP

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan sebuah konsert oleh kumpulan R&B dan hip-hop popular Malaysia, Ruffedge, pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 jam 8.30 malam.

Konsert yang diberikan nama Ruffera ini akan menyaksikan Ruffedge mengikuti jejak langkah kumpulan tempatan lain yang telah berpeluang mengadakan konsert di pentas berprestij DFP seperti Hujan dan Akim & The Majistret, sejajar dengan matlamat DFP untuk menyajikan persembahan dari pelbagai genre muzik kepada orang ramai. 

Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan membuat kemunculan sulung di pertandingan Sony Battery Face On Talent Search pada tahun 1999, di mana kumpulan ini memenangi tempat pertama. Sepanjang karier mereka, kumpulan ini telah menghasilkan pelbagai lagu popular seperti Tipah Tertipu, Da’ Bomb dan banyak lagi. Kumpulan ini telah melahirkan tiga album studio dan dua album kompilasi yang telah mendapat sambutan hangat. Album Defined (2004) dan Ruffera (2005) telah menerima anugerah platinum.

Ruffedge telah memenangi anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 dan telah dicalonkan di beberapa acara anugerah yang lain seperti Anugerah Era dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kumpulan ini juga telah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2004.

Persembahan sulung Ruffedge di DFP ini akan menyaksikan kuintet popular ini membawa peminat-peminatnya menyelusuri memori dengan lagu-lagu popular mereka seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Lemas dan Seperti Mereka serta memberi penghormatan kepada artis-artis lain. Mereka akan diiringi oleh kumpulan pemuzik yang dipimpin oleh Dato’ Acis sebagai Pengarah Muzik.

Untuk pembelian tiket, sila layari  HYPERLINK “https://www.dfp.com.my/ruffera” https://www.dfp.com.my/ruffera.

Ruffedge

‘Ruffera’

Maklumat Konsert

Tarikh

Sabtu, 2 Julai 2022 jam 8:30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS,

Menara Berkembar PETRONAS

Vokalis

Ruffedge

Harga Tiket  

Premium: RM200, A Reserve: RM180, B Reserve: RM140 dan C Reserve: RM100
Suite: RM320 & RM360

Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan

Ahad: 12.00 tengahari ke waktu persembahan

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Umum kecuali jika ada konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 603-2331 7510 / 7511 / 7512

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web DFP:  www.dfp.com.my

Laman Web MPOwww.mpo.com.my 

Facebook dan Instagram DFP: @dewanfilharmonikpetronas

Facebook dan Instagram MPO: @malaysianphilharmonicorchestra

YouTube: MPO TV

Spotify: MPO

TikTok: @malaysianphilharmonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Samsung Perkenal Strap Edisi Terhad Menampilkan Jenama Tempatan

Halim Shafie CELCOM

Tan Sri Dr Halim Shafie Dilantik Sebagai Pengerusi Interim Celcom