in ,

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Marvel Studios’ Captain Marvel

Selamat tahun baru 2019! Budiey percaya ramai yang menantikan filem yang hebat-hebat yang bakal ditayangkan pada tahun 2019. Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem terbaharu berjudul Marvel Studios’ Captain Marvel bakal beraksi dan mengegarkan pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mac 2019 ini dengan aksi yang cukup mengujakan. Haa, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana kisah dan jalan cerita untuk filem ini, kan?

Untuk pengetahuan pembaca Budiey.com, Marvel Studios’ Captain Marvel adalah sebuah filem superhero Amerika yang diadaptasi dari karakter Marvel Comics bernama Carol Danvers / Captain Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini merupakan filem ke-21 di Marvel Cinematic Universe (MCU).

Captain Marvel
©2019 MARVEL

Sinopsis Filem Marvel Studios’ Captain Marvel

Berlatar-belakangkan di sekitar tahun 1990-an, cerita ini bermula semasa Danvers menjadi Kapten Marvel setelah planet Bumi terjebak dengan kancah dan terpaksa berhadapan dengan konflik antara galaksi iaitu antara dua dunia asing. Ekoran dari Carol Denvers mengalami kecelakaan yang membuatkan dia kemudiannya memiliki kekuatan superhero.

Bersempena dengan tayangan filem yang bergenre aksi, adventure dan Sci-Fi ini, Budiey dengan kerjasama The Walt Disney Company mahu memberikan hadiah berupa Premium Edisi Terhad. Nak tak?

#CaptainMarvelFanEvent

Khabar gembira buat anda yang berada di sekitar Johor dan Singapura, para pelakon filem Marvel Studios’ Captain Marvel Brie Larson, Samuel L. Jackson, Gemma Chan, dan pengarah, Anna Boden dan Ryan Fleckbersama akan diterbangkan ke Singapura untuk bertemu peminat di Marina Bay Sands pada 14 Februari 2019. Kepada anda yang ada kelapangan dan berminat untuk hadir, boleh klik di SINI untuk info lanjut. 

Trailer Marvel Studios’ Captain Marvel telah pun disiarkan di YouTube rasmi, Marvel Entertaiment. Jom sama-sama kita tonton trailer ini sebelum menonton filemnya nanti. 

Kepada yang nak tonton filem yang cukup padat dengan aksi yang mendebarkan ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 7 Mac 2019.

Peraduan Menang Merchandise Filem Marvel Studios’ Captain Marvel

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan Premium Edisi Terhad untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com.

CM_USB

Limited Edition Marvel Studios’ Captain Marvel Light-Up USB x 5

CM_PinBadge

Limited Edition Marvel Studios’ Captain Marvel Icon Pin Badge x 5

CM_PhoneRing

Limited Edition Marvel Studios’ Captain Marvel Phone Ring x 5

CM_FabricStickers

Limited Edition Marvel Studios’ Captain Marvel Fabric Sticker x 5

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #CaptainMarvelMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan merchandise ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

  1. Apakah yang berlaku di minit 1:31 dalam trailer filem ini.
  2. Namakan watak yang memegang watak antagonis dalam filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menang peraduan Marvel Studios’ Captain Marvel kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Marvel Studios’ Captain Marvel

Tarikh tutup peraduan:

28 Mac 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 7 Mac 2019.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Captain Marvel
©2019 MARVEL
Captain Marvel
©2019 MARVEL
Captain Marvel
©2019 MARVEL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Takaaki Terry Menjadi Artis Jepun Pertama Dilamar Faizal Tahir

Ini Uniknya Video Muzik SEPERTI MEREKA Ruffedge