in , ,

Dah Buat Teaser, Tapi Nabila Razali Kecewa Tak Ramai Tonton VROOM VROOM

Semalam telah berlangsung pelancaran muzik video terbaharu penyanyi Nabila Razali berjudul VROOM VROOM yang berlangsung di The Bee, Publika.

Serentak dengan itu, muzik video Vroom Vroom itu dah boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music bermula petang semalam. Budiey dah pun menontonnya! Lagunya boleh tahan gak! Berbeza dengan single sebelum ini, lagu ini bertemakan women empowerment. Iaitu mahu memperjuangkan hak wanita dan simbolik kepada kekuatan bagi wanita.

Setakat jam 2 petang ini, Budiey tengok bilangan tontonan dah makin meningkat. Dah cecah 199,000 tontonan dan sudah naik carta trending di tangga yang ke-17.

“Alhamdulilah, selepas setahun ini merupakan waktu yang tepat untuk saya muncul dengan single terbaharu.

“Lagu ini saya boleh katakan ia ada kesinambungan dari lagu Pematan Hati. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang ingin move on dari kekecewaan lampau,”

– Nabila Razali

Menurut laporan dari Berita Harian, Nabila Razali atau nama sebenarnya, Nur Nabila binti Mohd Razali mengakui agak kecewa dan ralat apabila video muzik rasmi single terbarunya, Vroom Vroom, di YouTube berdepan masalah.

Nabila Razali Vrroom Vroom

Katanya, sejak dilancarkan jam 4 petang semalam, jumlah tontonan langsung tidak menunjukkan peningkatan, sebaliknya kekal dengan status ‘no view’.

Selain tiada jumlah tontonan, ia juga gagal mencatatkan angka tanda suka atau tidak suka yang diberikan peminat.

“Saya sudah membuat laporan berhubung perkara terbabit kepada pihak YouTube. Namun, sehingga kini masalah itu terus berlanjutan.”

“Pihak mereka (YouTube) mengakui ada menerima laporan mengenai masalah sama. Mereka berkata, pihak berkenaan sedang berusaha untuk memperbaikinya,”

– Nabila Razali
Nabila Razali Vrroom Vroom

Ada Sebab Nabila Tutup Ruangan Komen & Padam Semua Gambar 

Tindakannya menutup ruangan komen di Instagram juga ada sebabnya. Nabila Razali menegaskan dia tidak mahu netizen membuat andaian yang bukan-bukan terhadapnya.

Menurut Nabila, apa yang dilakukan itu kerana tidak mahu sebarang negativiti terhadap apa yang sedang diusahakan iaitu single terbaharu berjudul Vroom Vroom ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. 

“Saya tidak mahu orang buat andaian yang bukan-bukan atau negativiti. Hari ini saya lancarkan single terbaharu Vroom Vroom maka sudah terjawab kepada persoalan tersebut. 

“Saya berbuat demikian kerana enggan menerima aura negatif yang akan melemahkan promosi dan strategi direncana bagi lagu terbabit,” 

“Saya tidak mahu andaian datang bertalu-talu. Terima kasih kepada yang menunggu lagu ini,”

“Ia bukan gimik, tapi sebenarnya ia hanya ‘teaser’ sebelum saya muncul dengan single terbaharu ini.”

“Saya boleh katakan, ia merupakan strategi untuk saya mempromosikan lagu ini supaya ia memberi impak,”

– Nabila Razali

Dalam pada itu, Nabila menegaskan tindakannya memadamkan lebih 3,000 gambar di Instagram, sebelum ini, bukan gimik sempena kehadiran single berkenaan.

Nabila Razali Vrroom Vroom

Sebaliknya, jelas penyanyi ini, ia sekadar ‘teaser’ bagi mengalu-alukan kehadiran lagu terbabit yang dicipta gandingan Hael Husaini dan Ezra Kong.

“Saya tahu, ramai yang menganggap tindakan berkenaan sebagai gimik. Maklumlah, sebelum ini saya dicop sebagai ratu gimik kerana drama putus cinta yang diwujudkan menerusi single Pematah Hati.

“Ia hanya ‘‘teaser untuk lagu ini. Jangan pula ada yang sangka perkara lain,” 

– Nabila Razali
Nabila Razali Vrroom Vroom

Memilih Fendy Bakry Sebagai Penampilan Pelakon Utama

Vroom Vroom mengisahkan mengenai seseorang yang ingin melupakan kisah cinta lama. Dia juga mahu meneruskan kehidupan baharu, namun disebabkan kecurangan bekas kekasih, ia membuatkannya ingin membalas dendam.

Dalam klip video tersebut, Nabila menggunakan khidmat pelakon Fendy Bakri sebagai pelakon utama selain melibatkan rakan-rakan artis lain seperti Ara Johari, Nia Atasha dan Sharifah Rose. 

“Saya memang mahukan pelakon yang berkulit gelap dan tinggi untuk terlibat dalam klip video ini. Orangnya adalah Fendy.”

“Selain itu, kriteria yang saya inginkan untuk menjayakan klip video ini kalau boleh lelaki berparut. Ada pilihan lain namun selebriti yang saya inginkan jadualnya ketat. Apapun, saya gembira Fendy sudi terlibat sama dalam klip video ini,”

– Nabila Razali

Gimik Spanar Hidup di Instagram

Hujung minggu lalu, Nabila hanya meninggalkan sekeping foto bersama catatan ‘Mampukah ‘spanar hidup’ ini mendapat lebih 100,000 tanda suka’? Perkara itu turut menjadi persoalan segelintir peminat yang menyangka laman sosial penyanyi itu digodam individu tidak bertanggungjawab.

Namun, segelintir peminat pula melihatnya sebagai gimik memandangkan penyanyi itu bakal memperkenalkan single terbarunya dalam masa terdekat.

Terdahulu, Nabila pernah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan gimik putus cinta dengan pelakon, Aedy Asyraf sebelum melancarkan single Pematah Hati.

Meskipun usahanya itu mendapat kritikan ramai, lagu itu berjaya meraih perhatian apabila mencatat sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam dilancarkan di YouTube pada Oktober 2017.

Lagu Vroom Vroom turut boleh didengari di semua platform penstriman bermula 1 Februari depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Uniknya Video Muzik SEPERTI MEREKA Ruffedge

Aliff Hadi Seronok Jadi Hos Program MAKAN DI MANA