in

Ini Sebab Kenapa Radio Zayan Dapat Sambutan 

‘ZAYAN’ RANCAKKAN INDUSTRI SENI TEMPATAN MENERUSI PENDEKATAN GAYA HIDUP MUSLIM MODEN KONTEMPORARI DI PELBAGAI PLATFORM  

  • Pengisian baharu ZAYAN menyuntik pelbagai kandungan dan pengalaman positif yang seimbang, selari dengan kehidupan seharian pedengar.
  • ZAYAN menyediakan platform bagi muzik tempatan dan antarabangsa yang merangkumi lagu-lagu pop dan ketuhanan berunsurkan positif.
  • Aplikasi ZAYAN kini boleh di muat turun melalui App Store, Play Store (Android)

Membawa maksud ‘keindahan’, pengisian baharu ini merupakan sebuah jenama berbahasa Malaysia keempat (4) di bawah naungan Astro Radio yang telah ke udara pada Oktober lalu menerusi frekuensi 104.9 fm, zayan.my serta aplikasi ZAYAN. Selain itu, ZAYAN turut menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya untuk golongan Muslim oden kontemporari, yang mementingkan pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka.

Keluarga Zayan

ZAYAN menampilkan barisan personaliti yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi seperti Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq. Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan pengisian baharu ini adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabangsa yang berunsurkan mesej positif seperti memutarkan lagu-lagu pop dan ketuhanan.

SEGMEN-SEGMEN ZAYAN

 

Masa Nama Segmen Penyampai ZAYAN
6 .00 pagi – 10.00 pagi Salam Bros Mawi & Anas
10.00 pagi –  3 petang #ZOTD Lin Ariffin
3 petang – 7 malam ZAYAN Valet Raqib
7 malam – 8 malam ZAYAN Fikir (Z-kir)  
8 malam – 12 malam ZAYAN Cafe Falyq

 

KATA PENGURUS KANDUNGAN ZAYAN, WAN SYAHRUL AMRY BIN WAN MANSOR,

“ZAYAN menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya golongan Muslim moden kontemporari, yang mementingkan pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka. Kami menampilkan barisan personaliti yang bertenaga, kreatif, trendy, peramah, ceria dan mempunyai prinsip hidup yang tinggi. Menggunakan #IndahDiHati sebagai slogan, ZAYAN turut menyajikan pelbagai segmen menarik untuk pendengar sasaran melalui segmen- segmen yang disediakan.Penyediaan serta pemilihan muzik yang ditawarkan ZAYAN adalah merangkumi muzik tempatan dan antarabangsa yang merangkumi lagu-lagu pop dan ketuhanan berunsurkan positif.

TERKINI! BAGAIMANA INGIN MUAT TURUN APLIKASI ZAYAN?

Orang ramai hanya perlu menaip jenama ‘ZAYAN’ , dan muat turun untuk mendapatkan sebuah aplikasi yang cukup menarik melalui App Store dan Play Store (Android). Aplikasi ZAYAN ini memberikan pelbagai pendekatan berguna khas buat Muslim yang memerlukannya. Sebagai kompas hidup seharian mereka, ciri –ciri aplikasi Zayan amat unik dengan adanya peringatan waktu doa, pencari arah kiblat, ayat-ayat suci dari Al-Quran dalam bentuk audio dan video, petua harian, hadith-hadith bermanfaat, pencarian masjid yang terdekat, tasbih digital, pendaftaran semakan harian bagi umat Islam ataupun yang bakal memeluk Islam, kalendar Islam yang berubah menjadi kalender biasa dan sebaliknya, zikir-zikir terapi dan sebagainya. Aplikasi ini akan datang akan menyediakan lebih banyak kegunaan untuk kehidupan Muslim Moden pada hari ini.

IKUT ZAYAN DI LAMAN SOSIAL DAN KOMUNIKASI DENGAN PENYAMPAI ZAYAN

FREKUENSI: Lembah Klang (104.9FM), Alor Star (98.1FM), Ipoh (106.4FM), Melaka (98.9FM), Johor Bahru (92.8FM) dan Kuantan (91.6FM).


http://zayan.my/
https://www.facebook.com/zayan.my/
Zayan.My
VIDEO INSPIRASI ZAYAN

Setiap minggu, ZAYAN akan menerbitkan sebuah drama pendek Zayan atau juga dikenali sebagai #ZayanShort. Selain itu, ZAYAN turut menghasilkan beberapa video mengenai tips-tips fesyen melalui #ZOTD yang akan dikendalikan oleh Lin Ariffin, video menarik tentang Mawi Jawi, di mana para tetamu ZAYAN di segmen Salam Bros akan mempelajari bagaimana ingin menulis perkataan dalam penulisan Jawi. Akan datang, ZAYAN akan menghasilkan lebih banyak video-video inspirasi yang akan memberikan hiburan serta pengisian positif kepada pendengar yang merangkumi segmen –segmen seperti Bro Buskers, Ayat World dan Zayan Fikir bersama PU Taha PU (PU Taha akan memberi tazkirahnya dalam penyampaiannya yang lebih santai), serta Kata-kata Indah daripada para artis yang berkunjung di studio ZAYAN dan sebagainya.

JOM FOLLOW ZAYAN!

Instagram   : @zayan.my

Twitter       : @ZayanMy

Hashtag       : #ZayanLaunchEvent #IndahDiHati

Raqib Penyampai Segmen  Zayan Valet

Mawi Penyampai Segmen Salam Bros

Mawi Bersama Wani Kayrie Untuk Segmen Mawi Jawi

Lin Ariffin Penyampai Segmen #Zotd

Ikhawan

Falyq Penyampai Segmen Zayan Cafe

Faizal Tahir

Faizal Tahir Salah Seorang Artis Membuah Persembahan Sedang Mengunjungi Booth Tulish Khat Di Zayan Launch Event

Caliph Buskers Antara Yang Membuat Persembahan Ketika Di Zayan Launch Event

Anas Tahir Berganding Bersama Mawi Di Segmen Salam Bros

Amira Othman Turut Mepersembahkan Bebrapa Lagu Popularnya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem 6 BELOW: MIRACLE ON THE MOUNTAIN

Zain dari Jurutera Jadi Penyanyi Lancar Single IMPIAN RAHSIA