in ,

Zain dari Jurutera Jadi Penyanyi Lancar Single IMPIAN RAHSIA

Bermula sebagai hobi, hasrat seorang jurutera yang mahu dikenali sebagai Zain untuk melangkah ke bidang nyanyian akhirnya menjadi kenyataan selepas terhasilnya single pertama berjudul Impian Rahsia.

Lagu yang mendapat sentuhan sepenuhnya Zain dengan kerjasama komposer berpengalaman Mohariz Yaakob ini merupakan titik permulaan untuk dia berkarya dalam industri muzik tanah air.

‘Impian Rahsia’ Seorang Jurutera

Bukan mahu bersaing dengan komposer-komposer dan penyanyi yang sudah mempunyai nama, sebaliknya kehadirannya adalah untuk mewarnai industri agar lebih meriah.

“Saya mula berminat dengan muzik sejak di bangku sekolah rendah dan minat itu saya teruskan biarpun sudah mempunyai kerjaya lain. Bagi saya belum terlambat untuk saya menjadi seorang penghibur dengan karya saya ini. Saya pasti ada pendengar yang dapat menerima lagu berkenaan dan menjiwainya,” ujarnya.

Lagu Impian Rahsia ini merupakan karya istimewa yang menceritakan tentang kisah benar yang dilalui seorang rakan baiknya.

Zain

Kata Zain, perjalan cinta rakan baiknya yang tidak dapat meluahkan rasa cinta kepada wanita yang dicintai itu menjadi kekuatan kepada lagu berkenaan.

“Ia kisah benar seorang sahabat saya yang menyimpan perasaan terhadap seorang wanita. Dia gagal untuk meluahkan perasaan itu sehingga suatu hari wanita berkenaan terlibat dalam kemalangan.

“Rasa sayangnya terhadap wanita itu masih kuat biarpun sudah meninggal dunia. Ia menjadikan saya benar-benar kagum dan menjadikannya sebagai inspirasi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zain percaya lagu genre balada itu mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu membuatkan pencinta muzik jatuh cinta dan mendengar berulang kali.

Ia juga boleh menjadi inspirasi kepada mereka di luar yang melalui kisah cinta tidak kesampian.

Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Sebab Kenapa Radio Zayan Dapat Sambutan 

Apa Sebab Haida Tersingkir dari Konsert GEGAR VAGANZA