in , ,

Zayan Anjur Akad Nikah Beramai-Ramai

Hantarkan penyertaan anda menerusi laman rasmi zayan.my dari sekarang hingga 10 Januari 2020!

ZAYAN Akad menawarkan peluang kepada peminat-peminat ZAYAN untuk berakad nikah beramai-ramai. Penyertaan boleh dihantar dari sekarang hingga 10 Januari 2020. Upacara akad nikah pula akan diadakan pada 25 Januari 2020 di Kuala Lumpur. 

ZAYAN Akad

Lima pasangan bertuah akan dipilih daripada penyertaan yang diterima, dan setiap pasangan bakal dibiayai dengan urusan akad nikah, busana pengantin dan katering di majlis akad nikah.

Langkah-langkah mudah untuk sertai ZAYAN Akad: 

Setiap peserta haruslah patuh pada syarat-syarat sah untuk bernikah dan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.  

Layari zayan.mydan buka pautan ZAYAN Akad;

Lengkapkan butiran peribadi dengan maklumat yang sahih; 

Muat naik gambar anda dan pasangan yang ingin dinikahi;

Nyatakan sebab ZAYAN perlu realisasikan impian perkahwinan anda. 

ZAYAN Akad hanya dibuka kepada peserta-peserta yang akan berakad nikah buat kali pertama. 

Penyertaan ZAYAN Akad tertakluk kepada terma dan syarat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EJEN ALI THE MOVIE Berjaya Kutip RM25 Juta di Pawagam

Aspirasi Sihat Dalam MIRACLE HOSPITAL di TV1