in ,

ZAYAN Memperkenalkan Personaliti Baharu, Tajdid Hadhari di Segmen ZAYAN Valet

ZAYAN teruja memperkenalkan Tajdid Hadhari (Hadhari) sebagai personaliti baharu segmen ZAYAN Valet, setiap Isnin hingga Jumaat, 3 petang hingga 7 malam melalui siaran udara dan di aplikasi SYOK.

Sebagai seorang peminat bola sepak, Hadhari akan memberi peluang kepada para peminat ZAYAN untuk menikmati dan menyertai perbincangan tentang dunia sukan tanah air dan perkongsian topik gaya hidup sihat, menerusi ZAYAN Valet bersama Hadhari, termasuk segmen baru ZAYAN Fit, yang akan menampilkan tetamu undangan.

Para peminat ZAYAN boleh terus berhibur dengan segmen-segmen menarik ZAYAN Valet seperti: 

  • Tanya Ikhlas, di mana peminat diberi kesempatan untuk bertanyakan soalan dan berkongsi pendapat berkaitan topik yang dikupas. 
  • Kaji Ngaji, sebuah sesi perkongsian bacaan ayat Al-Quran berserta terjemahan oleh Hadhari bersama para peminat. 
  • Valet Buzz, di mana Hadhari akan membincangkan topik dan isu semasa yang tular bersama peminat.
Tajdid Hadhari

Selain itu, Hadhari yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz Bola’ di akaun YouTube-nya, aktif menghasilkan kandungan digital berkaitan bidang sukan di akaun YouTube dan perkongsian ini akan turut disediakan menerusi ‘ZAYAN Valet’, dalam memberi dorongan kepada peminat ZAYAN untuk terus menjalani gaya hidup sihat dan kekal bersukan.

imej_zayan-valet.png

Ulasan Wan Syahrul Amry, Pengurus Kandungan ZAYAN

“ZAYAN terus menyediakan para peminat dengan kandungan yang relevan dan pelbagai. Kami teruja untuk memperkenalkan Hadhari kepada peminat kami, yang kini boleh menikmati perbincangan menarik tentang dunia sukan dan kekal aktif yang merupakan aspek penting seharian terutamanya semasa pandemik ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada peminat kami atas sokongan mereka dan berharap mereka akan menikmati ZAYAN Valet yang baharu.”

Muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Nikmati 26 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi di SYOK! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cinta Berbunga di GV7, Ashira & Bad Indigo Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Maxis Lancar Filem Seni Tradisional Manfaatkan Kekuatan Rangkaiannya dan iPhone 12 Pro