in

iM4U FM Meraikan Ulang Tahun Ke-3 dengan Betul-Betul Live @ Goodnite Allstarz – Edisi Birthday Bash

Dikenali sebagai sebuah stesen radio yang memutarkan rangkaian muzik “fresh”, iM4U fm telah meraikan ulang tahun ketiganya dengan acara Betul – Betul Live @ Goodnite Allstarz – edisi “Birthday Bash” pada hari sabtu yang lalu.

Diadakan di ruang legar iM4U Sentral, tema sambutan ulang tahun “Glow With The Flow” dimeriahkan lagi dengan persembahan artis jemputan seperti Ali Aiman, Johny Comes Lately dan Kidd Santhe.

iM4U FM Meraikan Ulang Tahun Ke-3

Betul-Betul Live (BBL) merupakan sebuah siri program di radio iM4U fm yang mendekatkan peminat dengan artis kesayangan mereka menerusi persembahan akustik secara langsung. Program BBLC di iM4U fm ini sentiasa menyokong dan meraikan arena muzik tempatan dengan menampilkan konsep bersiaran di luar konti bersama penyampai radio iM4U fm.

“iM4U fm berharap untuk terus memutarkan rangkaian muzik yang lebih “fresh” dan program serta segmen radio yang berinovatif seperti BBL pada tahun – tahun yang akan datang. Kami akan memberikan fokus kepada platform digital di iM4U fm bagi memastikan stesen ini terus mekar di hari para pendengar. Kami juga ngin menerapakan nilai murni terhadap perkembangan belia di Malaysia melalui muzik dan juga program – program tanggungjawab sosial,” kata Kartini Ariffin, Pengarah Radio iM4U fm.

iM4U fm merupakan sebuah stesen radio sukarelawan belia yang satu-satunya di Malaysia dan terus berkembang maju dalam mempromosikan nilai perpaduan dikalangan masyarakat melalui muzik sejak siaran rasmi pertamanya pada September 2014.

Program-program seperti iM4U fm Fabrik Kasih, siri iM4U fm Do it Your Style dan iM4U fm Mic Drop 2017 telah berjaya menempah kedudukan mereka sebagai sebuah stesen radio yang menggalakkan kesukarelawanan dan pembangunan belia di Malaysia.

Artis kelahiran Malaysia, Ali Aiman yang dikenali melalui EP Overtue, yang menampilkan lagu balada berbahasa inggeris, “Breathe” turut mengadakan persembahan pada acara sambutan ulang tahun iM4U fm. Pada tahun 2016, beliau telah melancarkan sebuah album yang berjudul “Circle” yang boleh dimuat turun menerusi iTunes.

iM4U FM Meraikan Ulang Tahun Ke-3

Selain daripada Ali Aiman, artis rap yang sudah mula menempah nama dalam industri muzik di Malaysia, Kidd Santhe turut menggegarkan pentas bagi menyambut ulang tahun iM4U fm dengan lagu terbarunya, Elak – Elak. Kumpulan muzik ska dan reggae, Johny Comes Lately turut bersama – sama menghiburkan peminat di pentas iM4U fm dengan lagu terbaru mereka, Late Night Catastrophe.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan yang diberikan oleh semua pedengar setia kami sepanjang tiga tahun bersiaran. Mereka tanpa henti memberikan sokongan terhadap stesen ini. Kami mendedikasikan siri Betul – Betul Live ini kepada mereka,” kata Kartini Ariffin.

Para pendengar yang tidak berkesempatan hadir ke Betul – Betul Live @ Goodnite AllStarz, mereka boleh mengikuti acara ini secara langsung di media sosial Facebook dan Instagram (im4ufm) atau layari frekuensi 107.9 fm bagi sekitar Lembah Klang. Artis seperti Akim and The Majistret, Aizat Amdan, Daiyan Trisha, Defam dan Payung Teduh pernah menggegarkan pentas akustik BBL sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai iM4U fm, sila layari laman sesawang www.im4ufm.my atau ikuti laman media sosial iM4U fm di Facebook dan im4ufm di Instagram. Tetapan siaran iM4U fm ialah 107.9 FM di Lembah Klang.

iM4U FM Meraikan Ulang Tahun Ke-3

iM4U FM Meraikan Ulang Tahun Ke-3

MENGENAI IM4U FM

SIAPAKAH KAMI?
iM4U fm adalah radio yang tertumpu kepada belia yang mengambil berat terhadap komuniti dengan menggerakkan program sosial. Membawa aura yang segar kedalam gelombang udara dalam melaksanakan program sosial, menggabungkan bersama minat kami untuk mengekalkan semangat kesukarelawanan dikalangan belia.

Bersiaran melalui frekuensi 107.9 fm, kami sentiasa menyampaikan berita hiburan dan isu-isu yang penting kepada pendengar. Menyediakan platform untuk iM4U menyampaikan pesanan positif tentang semangat kesukarelawanan belia dan aktiviti, pembangunan belia negara, kisah kejayaan belia dan pengumuman dana Dre1M dengan berharap dapat mewujudkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial, Tujuan utama iM4U fm adalah untuk menjadi portal hiburan yang dekat dengan belia yang cintakan muzik diluar sana.

APA YANG KAMI SUKA?
iM4U fm berbangga dengan usaha kami untuk menceriakan kehidupan dan memberi inspirasi kepada belia untuk menegakkan pegangan mereka. Kami mahu menjadi stesen radio yang boleh mereka jadikan teman.

APA YANG KAMI MAINKAN?
Kami sentiasa mencari rentak muzik yang baru dan sedap didengar. Tetapkan frekuensi dan dengarkan iM4U fm dengan persembahan yang menggabungkan suasana muzik tempatan.

Senarai lagu yang dimainkan adalah berpandukan citarasa belia. Kami memainkan semua lagu yang terbaru dari penyanyi dalam dan luar negara, dari lagu zaman klasik kepada rentak muzik yang terbaru.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI IM4U FM
Website: www.iM4U fm.my
Facebook: www.facebook.com/iM4U fm
YouTube: www.youtube.com/user/iM4U fm
Twitter: @iM4U fm
Instagram: @iM4U fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OH SAYANGKU Pertaruhan Pertama Cikgu Meera

Sejarah Bencana Alam Dunia Dalam Dokumentari PERFECT STORM