in ,

Nak Jadi Penyampai Radio? Sertai iM4U fm Mic Drop

Hey korang! Pasti ramai yang bercita-cita dan mengidam nak jadi penyampai radio kan? Walawei, cakap memang mudah la tapi bukan senang nak jadi penyampai radio ni sebenarnya.

Kata orang, nak jadi penyampai radio bukan hanya perlu ‘suka bercakap’ sahaja. tapi korang perlu ada pengetahuan yang tinggi mengenai dunia radio dan personaliti menarik, ada aura yang boleh buat pendengar tak rasa jengkel bila dengar suara kamu ke udara.

Okay baiklah, better Budiey berterus terang kat sini, Budiey juga pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penyampai radio? Tak percaya tak pe. Tapi korang yang mengikuti IG dan video Youtube Budiey pasti tau Budiey memang nak jadi penyampai radio satu hari nanti. Jadi, sekarang, Budiey dah tahu platform nak untuk menonjolkan bakat Budiey ni.

iM4U fm Mic Drop

Anda mempunyai minat yang mendalam dalam komunikasi dan radio tetapi tidak mempunyai peluang untuk menonjolkannya? Kini masa untuk anda menyerlahkan bakat anda di iM4U fm Mic Drop yang berlangsung sepanjang bulan Ogos ini!

iM4U fm Mic Drop adalah inisiatif untuk mencari bakat-bakat baru di seluruh Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai radio serta sesuai menjadi salah seorang ahli keluarga iM4U fm yang bersemangat dan berperwatakan menarik. Jangan risau; uji bakat ini terbuka kepada semua orang.

Sesi uji bakat akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini! Serlahkan bakat anda di lokasi uji bakat terpilih! Bagi setiap lokasi, pendaftaran akan bermula dari jam 11 pagi dan sesi uji bakat akan bermula pada jam 1 petang.

Lokasi sesi ujibakat:

5 Ogos 2017 – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur [KLCC] (Mega Careers & Study Fair 2017)
6 Ogos 2017 – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur [KLCC] (Mega Careers & Study Fair 2017)
9 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah AEON AU2
12 Ogos 2017 – Sunway Pyramid
16 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah SACC
19 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah Paradigm Mall

iM4U fm Mic Drop

Peserta uji bakat perlu membawa 3 keping gambar berukuran 3R, 3 salinan resume serta berpakaian kemas dan menarik. Uji bakat ini juga terbuka kepada individu dari daerah luar Kuala Lumpur juga.

Sekiranya anda tidak dapat hadir ke lokasi uji bakat terpilih atau berada di luar daerah Kuala Lumpur, Jadi kalau kamu tidak berkesempatan hadir ke lokasi uji bakat, hantarkan saja video uji bakat anda ke nombor whatsapp iM4U fm di 013 – 3441079 atau kongsikan ke Facebook iM4U fm (iM4Ufm) dan juga Instagram (im4ufm)! Jangan lupa untuk menggunakan hashtag iM4U fm Mic Drop (#iM4UfmMicDrop) bagi memudahkan mereka untuk melihat video uji bakat anda!

Apa kata tonton Youtube: www.youtube.com/user/iM4UFM dan juga layari www.im4ufm.my untuk mendapatkan info lanjut.

iM4U fm Mic Drop

iM4U fm Mic Drop

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem AMITYVILLE: THE AWAKENING

Jamiel Said Lancar Single Kedua CINCIN DI JARI