in ,

Pasangan Adik-Beradik Antara Pemenang iM4U fm Mic Drop di AEON AU2

Setelah selesai mencari bakat radio personaliti pada sabtu dan ahad lepas di KL Convention Center, iM4U fm Mic Drop kali ini meneruskan misi pencarian di AEON Mall AU2, Keramat. Boleh dikatakan yang datang ke ujibakat Mic Drop ni bukan calang-calang individu yang kami terima. Peserta-peserta yang datang kali ini kebanyakannya memang sudah membuat persiapan awal.

Kalau kat KL Convention Center hari tu, dalam dua hari, hanya tujuh orang saja yang dapat ‘Golden Ticket’. Apa yang mengagumkan di lokasi kali ini, dalam masa satu hari saja, ada 6 orang peserta yang layak dapat ‘Golden Ticket’. Hebat tak hebatlah peserta-peserta ni semua.

iM4U fm Mic Drop

Paling menarik apabila terdapat dua beradik iaitu Sean dan Darryl yang sama-sama datang ke ujibakat dan kedua-duanya membawa pulang ‘Golden Ticket’. Apabila ditanya, apa yang membuatkan mereka hendak datang ke ujibakat, berikut adalah jawapan mereka:

“Saya sebenarnya memang daripada kecil nak masuk dalam dunia radio ni, so saya datang ke audition ni and give it a go la. Inshaallah kalau ada rezeki saya kat sini, jumpa di final!” – Sean

“Perkara yang mendorong saya untuk datang ke ujibakat ini sebab hari-hari saya dengar iklan #KauRasaKauMampu tu, so saya rasa tercabar jugak la. Alhamdulillah, rezeki saya untuk ‘Golden Ticket’ hari ini” – Darryl

Pasangan Adik-Beradik Antara Pemenang iM4U fm Mic Drop di AEO

Empat peserta lain yang turut mendapat ‘Golden Ticket ialah Farhan, Anith, Fahdil dan juga Khairul. Keempat-empat mereka datang ke ujibakat kali ini atas faktor dorongan, sokongan dan cabaran daripada kawan-kawan mereka yang inginkan mereka mencabar kemampuan diri mereka. Tambah mereka juga, para juri banyak membantu menaikkan semangat ketika mereka berapa di dalam bilik audition.

Anda mempunyai minat yang mendalam dalam komunikasi dan radio tetapi tidak mempunyai peluang untuk menonjolkannya? Kini masa untuk anda menyerlahkan bakat anda di iM4U fm Mic Drop yang berlangsung sepanjang bulan Ogos ini!

iM4U fm Mic Drop adalah inisiatif untuk mencari bakat-bakat baru di seluruh Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai radio serta sesuai menjadi salah seorang ahli keluarga iM4U fm yang bersemangat dan berperwatakan menarik. Jangan risau; uji bakat ini terbuka kepada semua orang.

Sesi uji bakat akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini! Serlahkan bakat anda di lokasi uji bakat terpilih! Bagi setiap lokasi, pendaftaran akan bermula dari jam 11 pagi dan sesi uji bakat akan bermula pada jam 1 petang.

So, kepada korang yang terlepas audition iM4Ufm Mic Drop di tiga lokasi sebelum ni, jangan risau, ada lagi dua lokasi yang korang boleh datang dan serlahkan bakat terpendam korang tu. Lokasinya seperti di bawah:

  • 16 Ogos (Rabu) – SACC Mall
  • 19 Ogos (Sabtu) – Paradigm Mall

Peserta uji bakat perlu membawa 3 keping gambar berukuran 3R, 3 salinan resume serta berpakaian kemas dan menarik. Uji bakat ini juga terbuka kepada individu dari daerah luar Kuala Lumpur juga.

Sekiranya anda tidak dapat hadir ke lokasi uji bakat terpilih atau berada di luar daerah Kuala Lumpur, Jadi kalau kamu tidak berkesempatan hadir ke lokasi uji bakat, hantarkan saja video uji bakat anda ke nombor whatsapp iM4U fm di 013 – 3441079 atau kongsikan ke Facebook iM4U fm (iM4Ufm) dan juga Instagram (im4ufm)! Jangan lupa untuk menggunakan hashtag iM4U fm Mic Drop (#iM4UfmMicDrop) bagi memudahkan mereka untuk melihat video uji bakat anda!

Apa kata tonton Youtube: www.youtube.com/user/iM4UFM dan juga layari www.im4ufm.myuntuk mendapatkan info lanjut.

iM4U fm Mic Drop

iM4U fm Mic Drop

iM4U fm Mic Drop

iM4U fm Mic Drop

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nadia Aqilah Bijak Bawa Watak Gadis Jepun dalam Telemovie ANTARA REBAB & TARI KAZUMI

Kerjaya Mencabar Dalam Dokumentari SHAMWARI : A WILD LIFE