in ,

Senarai Pemenang IM4U FM MIC DROP 2017

Tahniah buat Mohd Shahrul Hakimi bin Mohamad Amin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Shahkimin telah dinobatkan sebagai juara untuk iM4U fm Mic Drop 2017 pada hari Sabtu yang lalu. Shahkimin, 28 yang berasal dari negeri Kelantan telah memenangi sebuah trofi dan akan menjadi sebahagian daripada keluarga radio di iM4U fm.

IM4U FM MIC DROP 2017

iM4U fm Mic Drop 2017 merupakan sebuah inisiatif bagi mencari bakat-bakat baharu yang mempunyai impian untuk menyertai dunia radio di iM4U fm. Pertandingan akhir ini telah diadakan di pusat beli belah MyTOWN.

“Ia merupakan satu pengalaman yang menarik bagi saya sepanjang menyertai pertandingan iM4U fm Mic Drop 2017. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana membenarkan saya mengejar impian untuk menjadi seorang penyampai radio. Tanpa doa dan sokongan mereka, saya tidak akan berada disini pada hari ini,” kata Shahkimin, Juara Mic Drop iM4U fm 2017.

Ilham Khatijah Mohd Shaimy, 25 dari Selangor dan Anith Aqilah Sulaiman Lim, 26 dari Kuala Lumpur memenangi tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut. Kedua mereka memenangi trofi dan sijil penyertaan daripada iM4U fm. Antara peserta yang telah berjaya mara ke peringkat akhir ialah Kenneth Ong, Iman Norhizam, Sean Ezmeer Amir Merale, Kavinaesh Kailaivasan, Muhammad Nazif Kamal Din, Syamsudin Noh dan Vincent Omar.

“Shahkimin memenuhi kriteria yang dicari oleh iM4U fm bagi seorang penyampai radio. Dia berjaya menyelesaikan kesemua tugasan yang diberikan dengan baik. Kami percaya bahawa Shahkimin mampu menjadi penyampai radio yang baik di iM4U fm, “kata Kartini Ariffin, Pengarah iM4U fm.

IM4U FM MIC DROP 2017

Para finalis iM4U fm Mic Drop 2017 telah melalui lima tugasan berbeza bagi merebut gelaran juara keseluruhan. Berikut adalah tugasan – tugasan untuk 10 peserta akhir:

Tugasan 1 (Creative Introduction)
Para finalis memperkenalkan diri dengan cara yang paling kreatif.

Tugasan 2 (Topic Challenge)
Para finalis membentangkan topik yang diberikan bagi menguji pengetahuan am.

Tugasan 3 (Talent Show)
Para finalis mempamerkan bakat terpendam mereka bagi memenangi hati para juri.

Tugasan 4 (Duo Challenge)
Para finalis dipasangkan dua orang dalam satu kumpulan bagi menyelesaikan tugasan “talk – set”.

Tugasan 5 (Pick My Brain)
Para finalis menjawab soalan terakhir daripada pihak juri.

Para juri yang telah mengadili finalis iM4U fm Mic Drop 2017 adalah Kartini Ariffin, Pengarah Radio iM4U fm; Tan Shyue Wern, Pengarah Kumpulan Pengurusan Jenama iM4U; Amir Syakireen, CEO Hipster Pomade; Nadiya Nisaa, Pelakon Malaysia; Dan Faizal Ismail (FBI), Penyampai Radio terkenal.

Sepanjang kempen iM4U fm Mic Drop 2017, telah mengadakan sesi ujibakat di sekolah – sekolah awam yang terpilih di sekitar Lembah Klang. iM4U fm Mic Drop Junior diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dikalangan pelajar yang berumur antara 13 hingga 17 tahun yang mempunyai minat terhadap dunia penyiaran radio di Malaysia.

Nur Ezzatul Husna Bt Zainatul Rahman, 15, dari SMK Bandar Sunway telah dinobatkan sebagai juara iM4U fm Mic Drop Junior. Beliau membawa pulang sebuah trofi dan sijil penyertaan daripada iM4U fm.

Seramai 10 finalis telah dipilih di kalangan beratus-ratus calon peserta yang telah menghadiri sesi ujibakat di seluruh bandar yang diadakan di pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang.

Berikut merupakan lokasi – lokasi sesi ujibakat iM4U fm Mic Drop yang telah diadakan:

1) 5 Ogos 2017 – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur [KLCC] (Mega Careers & Study Fair 2017)

2) 6 Ogos 2017 – Pusat Konvensyen Kuala Lumpur [KLCC] (Mega Careers & Study Fair 2017)

3) 9 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah AEON AU2

4) 12 Ogos 2017 – Sunway Pyramid

5) 16 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah SACC

6) 19 Ogos 2017 – Pusat Membeli-belah Paradigm

Untuk maklumat lanjut mengenai iM4U fm Mic Drop 2017, tetapkan siaran iM4U fm di 107.9 FM di Lembah Klang atau layari ke www.iM4Ufm.my. Ikuti iM4U fm di Facebook dan im4ufm di Instagram.

iM4U fm adalah radio yang tertumpu kepada belia yang mengambil berat terhadap komuniti dengan menggerakkan program sosial. Membawa aura yang segar kedalam gelombang udara dalam melaksanakan program sosial, menggabungkan bersama minat kami untuk mengekalkan semangat kesukarelawanan dikalangan belia.

Bersiaran melalui frekuensi 107.9 fm, kami sentiasa menyampaikan berita hiburan dan isu-isu yang penting kepada pendengar. Menyediakan platform untuk iM4U menyampaikan pesanan positif tentang semangat kesukarelawanan belia dan aktiviti, pembangunan belia negara, kisah kejayaan belia dan pengumuman dana Dre1M dengan berharap dapat mewujudkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial, Tujuan utama iM4U fm adalah untuk menjadi portal hiburan yang dekat dengan belia yang cintakan muzik diluar sana.

Apa yang kami suka?

iM4U fm berbangga dengan usaha kami untuk menceriakan kehidupan dan memberi inspirasi kepada belia untuk menegakkan pegangan mereka. Kami mahu menjadi stesen radio yang boleh mereka jadikan teman.

Apa yang kami mainkan?

Kami sentiasa mencari rentak muzik yang baru dan sedap didengar. Tetapkan frekuensi dan dengarkan iM4U fm dengan persembahan yang menggabungkan suasana muzik tempatan.

Senarai lagu yang dimainkan adalah berpandukan citarasa belia. Kami memainkan semua lagu yang terbaru dari penyanyi dalam dan luar negara, dari lagu zaman klasik kepada rentak muzik yang terbaru.

Untuk maklumat lanjut mengenai iM4U fm

Website: www.iM4U fm.my
Facebook: www.facebook.com/iM4U fm YouTube: www.youtube.com/user/iM4U fm Twitter: @iM4U fm
Instagram: @iM4U fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Rangkul 2 Emas di Anugerah Antarabangsa ARC ke-31

Dua Pemenang Celcom GAME HERO Bawa Pulang Tunai Berjumlah RM 1Juta