in ,

Sejarah Bencana Alam Dunia Dalam Dokumentari PERFECT STORM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi dokumentari terbaharu yang mengimbau sejarah tentang bencana alam yang telah berlaku di seluruh dunia. Menerusi dokumentari bertajuk “Perfect Storm” mulai 12 Oktober ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang menerusi TV1, RTM akan berkongsi maklumat melalui wawancara dengan pakar sejarah serta paparan yang berkaitan bencana tersebut serta kesan yang dialami. Kupasan maklumat serta fakta bernombor juga disertakan dengan paparan secara grafik.

Dokumentari Perfect Storms

Sejarah Bencana Alam Dunia Dalam Dokumentari Perfect Storm di TV1

Mengisi slot World Watch, enam episod dokumentari ini bermula dengan tajuk “God’s Wrath” memaparkan berkenaan sejarah bencana gempa bumi yang berlaku di Lisbon, Portugal pada pagi 1 November, 1755. Penduduk Lisbon beragama Kristian sedang menyambut acara keagamaan ‘Saint’s Day’ di seluruh gereja di kota Lisbon. Pergeseran permukaan dasar laut berlaku di Lautan Atlantik sekitar 200 km dari Tanjung Saint Vincent. Keadaan diburukkan dengan kewujudan ombak tsunami serta disusuli dengan 300 kebakaran di merata bangunan. Ramai mangsa terperangkap dalam runtuhan gereja tersebut. Pelbagai paparan berkaitan dengan kejadian termasuk rekahan gempa bumi, ombak besar serta api yang marak. Wawancara dilakukan dengan pelbagai individu yang berkaitan untuk perkongsian maklumat dengan para penonton.

Menerusi episod “Lost Legion”, berkongsi kekalahan yang dialami oleh 3 Legion tentera Rom pada tahun 9 Masihi. Pertempuran berlaku di sebuah hutan Jerman antara tentera Rom dengan puak-puak sekutu Jerman ‘Barbarian’ dan ia dikenali sebagai ‘The Battle Of Teutoburg Forest’. Tentera Rom yang dikenali sebagai pasukan tentera yang hebat dan cukup berdisiplin seramai 16,000 orang telah tewas kepada puak ‘Barbarian’ yang tidak diketahui jumlahnya. Serangan puak ‘Barbarian’ berlaku ketika bencana ribut yang kuat melanda hutan tersebut yang sedang dilalui oleh tentera Rom. Dipercayai faktor bentuk muka bumi yang curam, taktikal perang gerila oleh puak ‘Barbarian’, hujan yang lebat berserta ribut serta angin yang kuat telah membantu kemenangan puak ‘Barbarian’ yang membuatkan tentera Rom yang begitu ramai lenyap begitu sahaja sehingga menjadi antara sejarah yang dikenang sehingga hari ini.

Tragedi taufan Galveston yang melanda bandar Galveston, Texas, Amerika Syarikat pada tahun 1900 merupakan pilihan topik episod “America’s Deadliest Disaster”. Ketika itu, Galveston merupakan bandar yang terbesar dan terkaya dengan kemudahan pelabuhan sedia ada. Rancangan berkongsi rentetan sebelum, semasa dan selepas kejadian berlaku dengan paparan kemusnahan yang berlaku seperti runtuhan bangunan akibat dipukul ombak kuat setinggi sehingga 5 meter dengan angin sekuat 230 km/jam. Wawancara dan rujukan oleh beberapa orang individu dipaparkan. Taufan Galveston dikategorikan sehingga tahap 4 yang juga 4 kali lebih dahsyat daripada Taufan Katrina. Seramai 6,000 mangsa terbunuh namun ada yang percaya yang angka sebenarnya mencecah sehingga 12,000 nyawa yang mati.

Episod seterusnya “Dark Age Volcano”, kisah letusan gunung berapi Ilapango, El Salvador, Amerika Tengah tercatat dalam sejarah yang merupakan antara bencana gunung berapi yang terburuk di dunia. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 536 Masihi yang menyebabkan sekitar 40,000 – 80,000 mati serta merta manakala anggaran kematian secara keseluruhan melibatkan sekitar 500,000 nyawa. Rancangan juga memaparkan kesan yang berlaku selepas bencana tersebut antaranya kebuluran dan penularan wabak penyakit. Perubahan iklim berlaku dengan kejatuhan suhu global yang melibatkan keadaan persekitaran bumi menjadi gelap akibat berbilion tan abu dan habuk gunung berapi berterbangan di atmosfera menutupi pancaran matahari. Keadaan ini menyebabkan keadaan persekitaran benua Amerika Tengah menjadi suram dan digelar zaman era baru ‘Dark Ages’.

episod Hitler’s Frozen Army

Ikuti tajuk “Fire Twister” mengembalikan kisah berlaku tanggal 1hb September 1923, gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter melanda bandar Tokyo, Yokohama dan sekitarnya dan dikenali sebagai ‘The Great Kanto Earthquake’. Gegaran yang kuat meranapkan banyak bangunan di bandar dengan sekelip mata dan wujud kebakaran di merata tempat kesan daripada runtuhan tersebut. Dengan tidak disangka-sangka, muncul banyak taufan yang cukup kuat sehingga menghasilkan fenomena ‘dragon twist’ iaitu gabungan taufan bersama pusaran api. Kekuatan taufan tersebut adalah selaju 200km/jam dengan pusaran berapi setinggi 200 meter dan berdiameter 300 meter. Banyak nyawa yang terkorban disedut ke dalam pusaran api tersebut dan gabungan malapetaka gempa bumi dan taufan ini telah mengakibatkan kematian sebanyak 140,000 orang. Rancangan memaparkan visual daripada koleksi gambar-gambar asal serta wawancara dengan mangsa yang terselamat untuk berkongsi kisah tentang bencana tersebut.

Dalam episod akhir iaitu “Hitler’s Frozen Army” pula berkongsi kejadian peperangan antara 2 kuasa besar berlaku pada tahun 1941 di antara tentera Nazi Jerman menentang tentera Soviet. Ia dikenali sebagai ‘The Battle Of Moscow’ melibatkan jumlah seramai 7 juta orang tentera dengan 2 orang diktator iaitu Adolph Hitler dengan Joseph Stalin. Ia merupakan pertempuran manusia yang terbesar dalam sejarah. Tentera Nazi memasuki negara Soviet dan semakin menghampiri Moscow namun menghadapi kesukaran akibat perubahan cuaca. Hujan lebat telah menyukarkan kemaraan tentera Nazi yang mana muka bumi Soviet telah dipenuhi selut serta suhu yang bertukar ke bacaan negatif setelah cuaca membeku dengan kehadiran salji. Tentera Soviet berjaya menewaskan tentera Nazi yang terpaksa menjadi tahanan perang serta tidak kurang ramai yang mati kesejukan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iM4U FM Meraikan Ulang Tahun Ke-3 dengan Betul-Betul Live @ Goodnite Allstarz – Edisi Birthday Bash

Sekarang Dah Ada Cara Senang Nak Terbang Ke Jeju dari Kuala Lumpur