in ,

Single SAKIT Taruhan Terbaru IAMNEETA

Mula dikenali dengan single TUHAN TOLONG AKU, kumpulan ini telah memikat hati pendengar tempatan dengan lagu “Terima Kasih “ Dan “Kau Pergi Jua” kali ini kumpulan dari pelbagai bangsa dan etnik ini mempertaruhkan lagu SAKIT sebagai single terbaharu mereka sebelum menghasilkan mini album mereka yang di jangka akhir tahun ini.

Single SAKIT Taruhan Terbaru IAMNEETA

[dropcap]L[/dropcap]agu ciptaan sepenuhnya Patrick Anohada ini merupakan salah satu dari lagu akan bakal menambat hati peminat muzik tanah air , Menurut Patrick Anohada lagu ini merupakan lagu terbaik dihasilkan oleh beliau untuk kumpulan iamneeta dan berharap penerimaann baik peminat muzik tanah air terhadap lagu ini.

Muzik Video Rasmi lagu “Sakit” ini telah dimuat naik ke laman youtube pada 14 Ogos 2016 yang lalu telah mendapat sambutan yang sangat baik, ini kerana menurut Patrick lagu liriknya berunsur cinta lebih mudah mendapat sambutan berbanding dengan lirik yang lain.

Iamneeta juga merancang untuk melebarkan sayap ke Indonesia memandangkan sambutan yang luar biasa dari peminat dari sana ,menurut Neeta Manisha vokalis kumpulan ini, beliau teruja di atas sambutan luar biasa peminat dari negara seberang itu dan berharap dapat membuat persembahan di sana jika mendapat undangan persembahan di sana.

[dropcap]

LIRIK LAGU SAKIT
Sakit yang ku rasakan
Mengaburi jiwa ini
Dendam yang kau berikan
Cukup di sini
CO:
Mengapa mudahnya,
kau sakiti Mengapa mudahnya,
kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan
Hati perasaan ini

Putih bersih Cinta ku
Kau racuni hingga mati
Cinta yang kau berikan Cukup di sini
CO:
Mengapa mudahnya,
kau sakiti
Mengapa mudahnya,
kau lukai Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan Hati perasaan ini
BRIDGE:
Siksanya hati ini
Kau slalu sakiti
Kau membukakan pintu ini
Namun engkau Menusuk! Ke dalam
Hingga dasar hati
Kau mencabut nadi Cinta ini Ooooo…
CO:
Mengapa mudahnya,
kau sakiti
Mengapa mudahnya,
kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan
Hati perasaan ini

Lirik/Lagu: Patrick Anohada (NAR Publishing SDN BHD)

Laman Sosial Media Rasmi “Iamneeta”
Facebook: https://www.facebook.com/iamneetaband
Twiiter:Iamneeta3
Instagram:iamneeta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Dokumentari Syahadah

Datuk Shake Dilantik Pengetua Akademi Fantasia 2016