in , ,

Neeta Gelisah Cari Penyamar Sumbang Dalam ICSYVMY3

Neeta, seorang penyanyi kacukan Cina, India dan Siam gementar dalam cubaan untuk mengenal pasti penyamar bersuara sumbang di ICSYVMY3 minggu 14 apabila penampilan kesemua penyanyi misteri berjaya mengelirukan penyanyi band IamNeeta ini.

Suasana studio menjadi semakin meriah dan lucu dengan gandingan pelakon berpengalaman selaku dua panel penyiasat jemputan Fizo Omar dan Balkisyh Khan serta panel penyiasat tetap, Yusry Abdul Halim, Mark Adam dan Jihan Muse dalam memainkan peranan untuk mengenal pasti penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang.

Neeta Gelisah Cari Penyamar Sumbang Dalam ICSYVMY3

Gagal menyingkirkan penyamar bersuara sumbang di pusingan pertama, Neeta semakin gementar dan cuba memilih penyanyi misteri ketiga. Namun termakan hasutan Sean LJE di saat akhir dan memilih penyanyi misteri keenam iaitu seorang pencinta muzik (Aliya Syuhadah) yang telah menawan pentas ICSYVMY3 dengan suara lunaknya.

Neeta semakin serba salah tetapi permainan harus diteruskan. Di pusingan kedua, Neeta telah memilih seorang pemain ragbi (Salihin Kirawan) dan adik beradik (Nur Aufahanie dan Muhd Nidza Afham) untuk disingkirkan di pusingan kedua. Neeta lega apabila pilihan beliau adalah tepat untuk menyingkirkan Salihin kerana ternyata dia seorang penyamar bersuara sumbang.

Sayangnya, Neeta telah menyingkirkan penyanyi sebenar buat kali kedua. Pasangan adik beradik yang baru pertama kali berduet memberikan persembahan yang sangat hebat sekali. Selain itu, Aufa merupakan peminat setia Neeta yang baru berjumpa dengannya di sebuah acara hiburan tahun lalu. 

Neeta Gelisah Cari Penyamar Sumbang Dalam ICSYVMY3

Seterusnya, paparan video info tambahan tentang penyanyi misteri yang masih bertahan juga membuatkan Neeta dan kesemua panel semakin keliru. Keputusan Neeta untuk menyingkirkan penyanyi misteri pertama, seorang penyanyi sebenar, (Nur Allysha Sabrina) yang sudah dua tahun bermain biola walaupun baru berusia 18 tahun. Allysha ternyata berbakat besar dalam menyanyi dan pandai menggunakan pelbagai alatan muzik.

Majoriti daripada panel penyiasat bersetuju dengan pilihan Neeta untuk menyingkirkan seorang peniaga gelang (Amierah Hazimah). Mereka teringin melihat kebolehan Amierah yang mengambil kelas vokal selama 8 bulan di sekolah vokal milik Mark Adam.

Rupa-rupanya maklumat tersebut adalah tipu semata-mata kerana dia adalah seorang penyamar bersuara sumbang. Namun, Mark Adam tetap bermurah hati untuk menawarkan kelas vokal secara percuma selama setahun sekiranya Amierah berminat. 

Riak wajah yang serius merupakan faktor Neeta memilih seorang pelari pecut (Murni Kaseh Rahim). Neeta tertarik dengan keyakinan Murni yang ditonjolkan dari awal rancangan.

Ternyata pilihan Neeta adalah betul kerana Murni ialah seorang penyanyi yang sangat berbakat dengan mempunyai vokal yang amat bertenaga semasa berduet lagu “Ruang Mimpi” bersama Neeta.

Secara automatik, Murni berjaya merebut peluang untuk menjadi artis naungan Monkey Bone dan merakam sebuah single.

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan episod seterusnya, ICSYVMY3 yang menampilkan Ara Johari sebagai artis jemputan, Fad Bocey, Shiha Zikir dan Naqiu sebagai panel penyiasat jemputan. 

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE, menampilkan Digi Prepaid, “Kekal Aktif, Kekal Berinternet” sebagai penaja utama dan Oppo Reno4 Series, “Jelas Menampilkan Sisi Terbaik Anda” sebagai penaja bersama. Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur adalah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti episod seterusnya yang akan disiarkan pada 12 Julai 2020, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim live dalam definisi tinggi  di www.tonton.com.my

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my , ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyampai Team Pagi Suria Berperang Dengan Suria Petang

Siri HBO Original ROOM 104 Kembali Untuk Musim Ke-4