in

TV2 Siar Siri Romantik Komedi Korea HYDE, JEKYLL, ME

Pilihan kepada penggemar drama bersiri adaptasi Melayu yang menjadi fenomena di kalangan penonton, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak terlepas daripada menghidangkan program sebegitu yang dilihat mampu menarik minat penonton. Namun kali ini RTM menerusi slot Kristal yang fokus membawakan drama-drama bersiri Korea tampil dengan tajuk “Hyde, Jekyll, Me” yang mengajak penonton bersantai dengan jalan cerita yang melucukan dan mencuit hati. Siri 20 episod merupakan adaptasi dari siri webtoon karya Lee Choong-ho dengan judul Dr. Jekyll Is Mr. Hyde ini menemui penonton mulai 3 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang menerusi saluran TV2. poster Hye, Jekyll, Me

Hyde, Jekyll, Me, Siri Romantik Komedi Korea Mulai 3 Februari Ini, di TV2

Kongsikan plot kisah romantik komedi yang menampilkan watak utama, Koo Seo-Jin lakonan Hyun-Bin yang mempunyai dua personaliti yang berbeza. Salah satu personaliti beliau berpewatakan tenang seperti Hyde dan yang lain adalah manis seperti Jekyll. Koo Seo-Jin bekerja sebagai pengarah taman tema Wonderland. Sementara itu bergandingan dengannya watak Jang Ha-Na (Han Ji Min) yang bekerja sebagai ketua dan pelakon sarkas di Wonderland yang sama. Konflik bermula bila Koo Seo-Jin cuba untuk menyingkirkan aktiviti sarkas daripada terus beroperasi di Wonderland tersebut. Namun cubaannya tidak semudah disangka dengan kewujudan Jang Ha-Na disitu. Jang Ha-Na sedaya upaya untuk menyusun semula dan mempertahankan aktiviti di sarkas untuk diteruskan beroperasi seperti biasa kepada pengunjung. Pelbagai insiden melucukan dan mencemaskan terjadi bila saja kedua mereka bertemu. Di sebalik konflik dan pertembungan pendapat di antara keduanya, Jang Ha-Na tanpa sengaja telah jatuh cinta dengan Koo Seo-Jin yang mulanya dianggap sangat menjengkelkan. Adakah cintanya berbalas? Apakah kesukaran yang dihadapi mereka? Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. hyde_jekyll_me_-_konflik identiti antara babak siri ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Fazura Memilih Bernaung di Bawah Syarikat Rakaman Universal Music

Luahan Hati Buat Wak Doyok Jadi Viral di Facebook