in ,

Luahan Hati Buat Wak Doyok Jadi Viral di Facebook

Pagi tadi, Budiey terbaca tentang satu luahan dari seorang insan yang menggelarkan dirinya Mag Malaya di Facebook yang bercakap tentang perihal kejayaan Wak Doyok sehingga menjadi personaliti yang menjadi sebutan. Dari nobody to somebody, Wak Doyok kini berjaya melayarkan sayapnya ke Indonesia. Tahniah Wak Doyok. Dulunya ada yang tak suka Wak, sekarang dah Wak Doyok dah boleh diterima ramai.

Wak Doyok yg sado pun join #PremiereWithBudiey #batmanvsuperman semalam. Gambar ehsan dari jurugambar fofiuler @firmanmohtar Ulasan penonton tentang filem ini boleh baca di www.budiey.com. Tq @edd.thebarber utk hair style Tq @contengkasot utk kasut Batman

Aku rasa aku tak perlu perkenalkan lagi siapa Wak Doyok ni, dia dah masuk surat khabar, dia dah instafamous, dia ramai followers, dan dia antara golongan awal yang jadi pencetus fashion dan gerakkan hipster di Malaysia. Orang yang masyhur.

Kalau kau perhatikan setiap post dia dekat instagram, dia akan letak satu hashtag panjang yang bertulis #AkuYangPakaiKauYangPanas, tak pasti dia masih buat lagi atau tidak benda ni, tapi apa yang aku ingat, hashtag ni dia yang cetuskan, dan jadi satu simbolik dan trademark untuk Wak Doyok.

Seth Godin pernah bercerita di Youtube tentang “tribes”, atau golongan, atau kumpulan yang mempunyai pandangan yang sama dalam sesuatu hal. Contoh: golongan pengguna iPhone, mereka mempunyai pandangan bahawa iOS lebih power dari Android; kumpulan Punk, kumpulan Ravers, kumpulan motor RXZ dan lain-lain. Dan Wak Doyok antara individu yang berjaya mencipta “tribe” dia sendiri.

Rambut disikat rapi dengan pomade, tiap bulan beli pomade baru, kemeja dikancing kemas, seluar singkat dengan stoking warna-warni, muka berjambang dan bermisai lentik, melepak dekat kedai kopi di Bangi dengan harga secawan kopi yang mahal, ber-instagram siang malam, outfit of the day; ini antara ciri-ciri “tribe” yang Wak Doyok bawak.

Tapi kenapa dengan hashtag panjang tu?

Ini perkara yang paling susah bila kau cetuskan idea baru, dalam kata lain, ini perkara yang payah kalau kau cipta market baru, produk baru untuk dijual ke orang ramai.

Apa feedback dan komen orang bila Wak Doyok upload gambar dia dan gang dia jalan bersama dengan ada jaket dan kot, padahal bergambar di kawasan Pavilion KL yang panas?

“Tak panas ke?”

Tak panas ke? Tak rimas ke? Tak semak ke? Tak leceh ke? Tak buang masa ke? Orang luahkan apa yang diorang rasa bila tengok gambar hipster-style Wak Doyok, sebab benda tu berlawanan dengan kebiasaan orang biasa pakai baju, apatah lagi di tengah panas dengan keadaan cuaca Malaysia.

Cemana Wak Doyok counter balik masalah ni? Yes, dengan hashtag panjang tu, #AkuYangPakaiKauYangPanas; adalah sukar untuk Wak Doyok melayan semua komen yang tak biasa tengok dia berpakaian, dia cuma fokus pada penampilan diri sendiri, dia enjoy cara dia berpakaian, dia enjoy dia punya Outfit of the Day, dia enjoy hidup dia. Jadi untuk setiap gambar yang dia upload dekat instagram, dia dah bagi warning awal-awal dengan hashtag, engkau tak perlu rasa panas apa yang aku pakai, ini cara aku, aku tak merimaskan kau.

Bila Wak Doyok cetus cara pakaian hispter dia dekat instagram, ramai yang memerhati, ada yang akan follow, ada yang akan rasa rimas, dan dari sini lah Wak cipta “tribes” yang dimaksudkan dalam buku dan video Seth Godin; hanya orang-orang yang bersetuju dengan cara pemakaian Wak akan angguk dengan apa yang Wak buat, worldview mereka sama, pandangan mereka sama, dan mereka dalam bulatan yang sama, tribe yang sama. Apa yang susah?

Mengatakan tidak kepada mereka yang tak boleh terima idea hipster.

“Sorry bro, minyak jambang bukan untuk kau.”
“Maaf bro, pomade bukan untuk kau.”
“Sorry bro, kau tak sesuai pakai polo Fred Perry.”

Selain daripada menyampaikan idea hipster melalui cara berpakaian, Wak jugak menyampaikan mesej kepada mereka yang tak boleh terima idea ni, “Sorry, not for you.” Sebab itu idea dan fashion hipster ni kuat sampai sekarang, sebab diorang tahu target market diorang, pomade bukan untuk semua, minyak jambang bukan untuk semua, ada “tribes” yang boleh terima benda-benda ni, kau kena carik. Wak Doyok yang lead “tribe” dia ni dulu, dan hasilnya? Ramai peniaga mula buat pomade sendiri. Boom!

Kau tak boleh jual G-Shock kepada golongan yang dah jangkau 50 tahun, sebab tribe yang berbeza; kau tak boleh jual Nescafe 3 in 1 ke semua orang, sebab ada yang dah beli mesin mini kopi dekat rumah yang berharga ribuan ringgit, sebab tribe yang berbeza; kau susah nak bukak French style restoran yang ada menu pelik-pelik macam keju dan roti panjang dekat kawasan kampung, sebab tribe yang berbeza; tribe berbeza, worldview berbeza, kau tak boleh jual semua benda ke semua orang.

Jadi, cemana sekarang?

Fahamkan tribe-tribe yang kau nampak, note down. Aku nampak golongan mat motor sangat besar, tribe diorang besar, pandangan diorang lebih kurang, motor diorang sama laju, aku dah jumpa tribe ni, aku dah jumpa market ni. Aku nak design dan cipta satu bagpack yang kalis air, yang tahan lasak, yang boleh simpan barang mat motor, sebab diorang ada pandangan yang sama, dari dulu diorang nak bagpack yang macam tu, takde pulak orang jual. Mungkin ada untuk penunggang Ducati, tapi takde untuk penunggang RXZ; sekali lagi, tribes yang berbeza, Ducati, RXZ dan 125, masing-masing bawak idea masing-masing.

Langkah kedua? Macam mana nak maintain market?
Belajar dari GoPro.

Ayuh, anak muda!
#PushingPeopleForward

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Siri Romantik Komedi Korea HYDE, JEKYLL, ME

Jom Tonton Travelogue 2PM WILD BEAT di Saluran E!