in

Ini Senarai Program Hurr.tv Sempena Aidilfitri Yang Boleh Ditonton 

HURR.TV MEMPERKENALKAN PROGRAM RAYA KHAS SEMPENA AIDILFITRI

-Saksikan tiga rancangan Raya khas yang menampilkan personaliti online kegemaran anda-

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pastinya lebih meriah dengan beberapa program istimewa yang dijadualkan oleh laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv khas untuk peminat setianya.

Bermula pada jam 4 petang di Hari Raya pertama 15 Jun 2018, hurr.tv akan menyiarkan sebuah program khas Muzik Jam Raya Special. Penyanyi remaja terkenal, Ismail Izzani dan Naim Daniel sekali lagi akan muncul sebagai hos. Episod khas ini akan menyaksikan YouTuber terbabit bersama hos secara akustik dengan band iringan akan menyanyikan lagu raya terpilih. Ismail Izzani bersama YouTuber Fieya Julia dan Alyssa Dezek akan menyanyikan lagu ‘Suasana Hari Raya’ dendangan asal Anuar Zain dan Ellina.

DRJ Raya

Manakala Naim Daniel pula bersama Sarah Suhairi dan Aqeesh Aleeya akan menyanyikan lagu dendangan asal M. Nasir iaitu ‘Satu Hari Di Hari Raya’. Sebagai bonus, kesemua mereka turut menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Raya’ dendangan asal Puan Sri Saloma. Sebagai selingan, YouTuber yang ditampilkan akan berkongsi perkembangan terkini di samping sebuah segmen ‘Mulianya Membahan Gambar Throwback’ yang akan melihat semula gambar-gambar throwback kesemua artis berkenaan.

Pada hari yang sama, jam 8 malam, program kendalian Kak Leha Bunting yang dibawa oleh Faizdickie, Depan Rumah Je Edisi Raya akan menemubual seorang artis yang semakin meningkat popularitinya iaitu Erwin Dawson. Erwin yang berasal daripada Singapura dikenali sebagai seorang pelakon bagi beberapa drama TV tempatan antaranya ‘Miss Kapten Cikgu Waiz’, ‘Hajah Heathrow Kembali’ dan ‘Syurga Nur’.

Aqeesh Raya

Turut diselitkan di program bual bicara itu sudah semestinya beberapa permainan khas kendalian Kak Leha Bunting bersama tetamu jemputan yang semestinya membuatkan penonton tidak kering gusi. Antaranya adalah ‘Charades Raya’, ‘Teka Lagu Raya’ dan ‘Whisper Challenge Raya’.

Pada 16 Jun 2018, program LimaLetop! akan bersiaran bersama hos Ain Edruce bagi LimaLetop! Edisi Raya. Bagi episod khas ini, Ain akan bersama tetamu jemputannya iaitu penyampai radio popular, Radin daripada stesen radio ERA. Ain dan Radin akan membincangkan lima topik popular namun dengan olahan bersesuaian sempena Hari Raya Aidilfitri.

Topik-topik berkenaan adalah ‘Tips Raya’ (bagaimana mengelak soalan makcik bawang), ‘Geng Raya KL vs Geng Raya Kampung’, ‘Fesyen Raya Letop’, ‘Makanan Raya Letop’ dan ‘Tips Raya 2’ (beraya di rumah si dia). Saksikan kekecohan dan gelagat kedua- dua hos berkenaan di raya kedua pada jam 6 petang.

“Beberapa program khas sempena Hari Raya Aidilftri ini adalah berdasarkan program sedia ada dengan suntikan elemen perayaan. Sudah pasti, kepada kira-kira 71 ribu pengikut kami di laman YouTube dan penonton di laman web, hurr.tv sentiasa menyediakan kandungan

original yang trending dan relevan mengikut permintaan disuarakan di laman media sosial kami. Memasuki separuh kedua tahun 2018, terdapat beberapa lagi program menarik telah dirangka untuk peminat setia platform hiburan kami ini. Nantikan dan terus menyokong hurr.tv,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Sementara itu, beberapa segmen sedia ada akan turut disiarkan pada Raya kedua dan ketiga di laman web dan YouTube hurr.tv. Pada 16 Jun 2018 jam 9.30 malam, jangan ketinggalan menyaksikan program Aqeesh yang akan bersiaran bagi episod keempat. Kali ini, penonton dapat melihat beliau bertemu penyanyi popular, Tomok untuk mendapatkan nasihat serta mengetahui lebih lanjut perkembangan semasa penyanyi itu. Secara eksklusif juga, Aqeesh akan berduet akustik bersama Tomok bagi lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ dan ‘Surat Cinta Untuk Starla’.

RPR Raya

Pada Raya ketiga, 17 Jun 2018 jam 3 petang, saksikan skit komedi Riuh Puasa Raya bersama hos Zack Merican. Kali ini dengan penampilan istimewa pelakon terkenal Ruhainies, mereka akan melakonkan paparan realiti perbezaan sambutan raya dahulu dan raya sekarang.

Selain di laman web hurr.tv dan YouTube, penonton juga boleh menyaksikan semua program dengan memuat turun aplikasi telefon pintar hurr.tv secara percuma dari iTunes App Store dan Google PlayStore.

Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti kamii:
Laman Web │Facebook │YouTube│ Instagram │Twitter │ Aplikasi Telefon Pintar

Muzik Jam Raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Tersirat dalam Iklan Raya BISIK HATI MAK Telekung Siti Khadijah

Izzue Islam Lancar Lagu Single Raya TERIMALAH KASIHKU