Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Henry Golding Muncul Dalam Trailer Pertama SNAKE EYES: G.I. JOE ORIGINS Mengujakan Netizen

Sejak membintangi watak dalam filem Crazy Rich Asians yang tercalon untuk pelbagai anugerah, nama Henry Golding semakin melonjak naik dalam industri seni antarabangsa.

Trailer pertama yang dibintangi Henry Golding dalam filem Snake Eyes: G.I. Joe Originstelah dikeluarkan oleh Paramount PicturesMetro-Goldwyn-Mayer Pictures dan Skydance. Pelakon kelahiran Betong, Sarawak itu telah menarik perhatian pembikin-pembikin filem Hollywood untuk memberikannya watak dalam filem-filem bajet besar. Antaranya termasuklah watak Snake Eyes dari filem spinoff G.I. Joe.

Filem ini akan ditayangkan pada 23 Julai bersama Henry Golding sebagai Snake Eyes, seorang lelaki yang dialu-alukan menjadi puak Jepun kuno yang dikenali sebagai Arashikage setelah menyelamatkan nyawa pewaris mereka. Setelah tiba di Jepun, Arashikage mengajar Snake Eyes cara menjadi pahlawan ninja.

Baru-baru ini trailer untuk filem tersebut yang bakal keluar pada Julai akan datang telah ditayangkan di Youtube, sekali gus membuat peminat-peminat aktor berusia 34 tahun dan peminat-peminat francais G.I. Joe teruja.

Tetapi apabila rahsia dari masa lalu terbongkar, kesetiaan dan kehormatan Snake Eyesdiuji walaupun dia mungkin kehilangan kepercayaan dari mereka yang paling dekat dengannya. 

Berdasarkan watak ikonik G.I. Joe, Snake Eyes: G.I. Joe Origins juga dibintangi oleh Andrew Koji sebagai Storm Shadow, Úrsula Corberó sebagai The Baroness, Samara Weaving sebagai Scarlett, Haruka Abe sebagai Akiko, Tahehiro Hira sebagai Kenta dan Iko Uwais sebagai Hard Master.

Filem ini diarahkan oleh Robert Schwentke bersama produksi siri iaitu David Ellison, Dana Goldberg, Don Granger, Jeff G. Waxman, dan Greg Mooradian. Penerbit filem ini adalah Brian Goldner, Erik Howsam dan Lorenzo di Bonaventura.

Dalam video treler yang tular, Snake Eyes direkrut oleh klan Jepun yang dipanggil Arashikage. Bermula dari situ, Snake Eyes belajar menjadi pahlawan ninja untuk menjaga keamanan di dunia.

Treler itu juga penuh dengan rakaman adegan aksi oleh pelakon Pisau Cukur berkenaan, seperti kejar mengejar di lebuh raya, pertarungan pedang di atas bumbung dalam hujan, dan tembak menembak.

Rata-rata netizen tidak keruan melihat Golding beraksi sebagai Snake Eyes dan bangga pelakon kacukan Iban-Inggeris itu membawa nama Malaysia ke dalam industri Hollywood. Selain Golding, pelakon Indonesia Iko Uwais turut membintangi filem itu.

Filem ini berdasarkan watak- watak Hasbro G.I. Joe dengan jalan cerita oleh Evan Spiliotopoulos dan Anna Waterhouse, dan Joe Shrapnel pula melakukan lakon layar.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version