in ,

Dakwaan Artis Langgar SOP di Hari Raya, Azwan Ali Bidas dengan Kata-Kata Pedas di Twitter

Selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA lantang menyelar Neelofa yang sekali lagi dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila berkumpul dengan keluarga besarnya pada Aidilfitri.

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, Azwan atau nama lengkapnya, Mohamed Azwan Ali marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti berkenaan yang kali ketiga mel4nggar SOP tatkala negara masih bergelut dengan wabak Covid-19.

Adik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA lantang menyelar Neelofa yang sekali lagi dikatakan mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) itu turut menggesa dan mencadangkan agar Neelofa dikenakan huku.man penj4ra atas kes4lahan yang dilakukannya.

Tangkap layar ciapan yang dilakukan oleh Azwan Ali.

“Saya nak jadi orang rakyat pertama gesa kerajaan untuk penjarakan selebriti perasan bagus ini. Siapa setuju? Kasi (bagi) viral (tweet) ini.

“Dua kali dah kau gelupur l4nggar SOP. Ini kecoh kali ketiga. Lagi-lagi muka kau. Muhasabah weh, kerana kau rakyat tersinggung dan mar4h. Apa sumbangan besar kau pada industri hiburan Malaysia!,” getus Azwan melalui Twitter miliknya.

Semalam, media melaporkan keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar SOP Aidilfitri yang ditetapkan.

Sebuah video yang dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari semalam.

Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.

Barangkali sedar video yang dimuat naik mencetuskan amarah netizen, tidak lama selepas itu, Noor Nabila memadam video berkenaan dari Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Rose Dikritik Berlakon Kayu Hingga Dikutuk Artis Tapi Hj Zil & Shahrulezad Pula ‘Back Up’

Henry Golding Muncul Dalam Trailer Pertama SNAKE EYES: G.I. JOE ORIGINS Mengujakan Netizen