in ,

Nora Ariffin Nafi Berkahwin Dengan Annuar Musa, Tapi Akui Terima Lamaran Perkahwinan Seseorang

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali menjadi bualan apabila terus dikaitkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Perkara ini timbul berikutan tersebarnya sijil nikah yang dikatakan milik kedua-duanya dan sudah viral sejak hari ini. Bagaimanapun, memetik laporan portal Astro Awani, penyanyi itu sekali lagi menafikan mengenai perkara tersebut.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya,” tegasnya.

nora ariffin sijil nikah

Dalam pada itu, Nora mendedahkan bahawa dia ada menerima lamaran seseorang, tetapi lelaki yang ingin memperisterikannya bukan dalam kalangan individu terkenal.

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

“InsyaAllah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya.

Menurut Nora, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” jelasnya.

Nora mengahwini Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Namun begitu, Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

NORA ARIFFIN

Nora Mengaku Terima Lamaran Pernikahan Tapi Bukan Daripada Annuar Musa

Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengakui, beliau ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang didakwa sebelum ini.Nora, 48, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu, sebaliknya, menegaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.

NORA ARIFFIN

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau dan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu sudah bernikah di selatan Thailand.

Bahkan, di media sosial tersebar sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.”Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.

“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” akui beliau lagi.

Menurut Nora, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” jelas Nora.

Dalam masa sama, Nora juga memaklumkan, keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan turut sependapat sekiranya ada lelaki yang serius untuk memperisterikannya, elok sahaja dipertimbangkannya.

“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.

“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” kata Nora.Nora mengahwini Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

*Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Henry Golding Muncul Dalam Trailer Pertama SNAKE EYES: G.I. JOE ORIGINS Mengujakan Netizen

Didakwa Langgar SOP Kali Ketiga, Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas Penjarakan Neelofa