in

Heliza Helmi Bakal Hasilkan Buku Travelog

Dari berat asal 46kg, badan penyanyi yang kini dah bergelar boss ini sudah susut sebanyak 7kg menjadikan 39.5kg. Itulah antara ‘special effect’ yang mana menurut Heliza, beliau begitu sibuk hingga tiada masa untuk diri sendiri. Membangunkan syarikat produksi sendiri, Heliza Helmi Productions bukan satu kerja yang main-main kerana ia memerlukan satu komitmen yang bukan sedikit. Itulah pengakuan dari mulut Heliza sendiri ketika mana Budiey bertemu beliau di Majlis Berbuka Puasa Suria FM yang lalu.

Heliza bekerja seperti orang lain juga. Masuk pejabat keluar pejabat dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Heliza menggalas tanggungjawab bagi memastikan perancangan syarikat berjalan seperti yang direncanakan. Selain merangka program promosi untuk single bagi artis HHP, Heliza dengarnya akan menerbitkan filem sulungnya tak lama lagi.

Walaupun terlalu sibuk dengan kerja dan sudah berjaya menjadi boss, Heliza tak lupa dengan fan club nya yang banyak membantu menaikkan nama beliau. Program dan pertemuan masih dijalinkan seperti dulu-dulu juga.

Heliza juga berhasrat untuk menulis sebuah buku yang berbentuk motivasi dan travelog yang akan menceritakan tentang perjalanan hidupnya dari kecil hinggalah dia yang kita kenali seperti hari ini. Selain itu, Heliza juga sedang berjinak-jinak dalam dunia penulisan lagu. Setakat ini, sebagai permulaan, sudah 4 buah lagu dihasilkan untuk dirinya sendiri.

Persiapan hari raya Aidilfitri nanti, Heliza bakal menyambutnya seperti biasa. Sebanyak 2 pasang baju telah pun ditempah dan dibelinya di SACC Mall, Shah Alam. Tahun ini, Heliza akan menyambut hari raya dengan keluarganya di Terengganu. Menurut Heliza, dia baru sahaja menamatkan pengajiannya dan insyaallah akan meraikan kejayaan di pesta konvo pada 10 Oktober ini. Tahniah Heliza.

Juga Budiey nak ucap tahniah kerana Heliza dilantik sebagai model iklan TV dan juga duta produk untuk Garnier Light Oil Control.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba buat Heliza.

Heliza

Heliza

Heliza

Heliza

5 Comments

Leave a Reply
  1. Asalamualaikom……Cik Haliza:Sy N Mnat Sngat Dgn Cik,,Dah La Cmei “”Tniah Atas Kjayaan Yg N,,Salam Kenalan Dari Mat SYuKR PINenG”””””WASALAMUAIKUM

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia

Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition